27.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengasas All Star Championship Bidas Pelakon Label Kejohanan ‘Scam’ – ‘Mungkin Dia Cemburu Sebab Tak Dapat Sertai’

    Shopee Sale

    Pengasas All Star Championship 2026 (ASC26), Dato’ Abd. Rahman Soltan tampil membidas dakwaan seorang pelakon dan personaliti media sosial yang melabelkan program berkenaan sebagai ‘scam’.

    Artikel Berkaitan: All Star Influencers Award Kembali Lagi, Utamakan Pencipta Kandungan Berkualiti – ‘Bukan Sekadar Followers Tapi Engagement & Kreativiti Konten’

    Artikel Berkaitan: Pempengaruh Vietnam, Cindy Dinobat Juara All Star Influencer Award 2025, Bawa Pulang AS$15,000 & Percutian Ke Dubai

    Pengasas ASC26 bidas pelakon

    Ketika ditemui , Abd. Rahman mengakui setiap individu berhak untuk bersuara dan memberikan pendapat namun sebagai penganjur, dia akan memastikan segala yang dijanji akan ditunaikan.

    Kalau nak persoal kredibiliti atau apa-apa, itu hak masing-masing. Kita tidak boleh lari daripada haters dalam media sosial. Yang penting, apa yang kita buat, kita tunaikan.

    Malah penyertaan, kerjasama dan sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Tourism Malaysia juga sudah cukup membuktikan.

    Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Abd. Rahman mendakwa individu berkenaan mungkin berasa cemburu dan terkilan kerana tidak berpeluang menyertai ASC26.

    Mereka mungkin cemburu dan terkilan sebab tidak dapat menyertai ASC26. Nak masuk kejohanan tapi tidak layak, jadi hati manusia kan, macam-macam. Cuma seperti saya cakap, kita sudah buktikan kredibiliti.

    Dalam pada itu, Abd. Rahman berkata, gabungan pempengaruh dari pelbagai negara dengan jumlah pengikut melebihi 20 juta menjadi antara tarikan ASC26.

    MENARIK:  Pereka Minta Maaf: Tiada Niat Memfitnah Hiasan Dalaman Rumah Aliff Syukri

    Namun, dia menegaskan populariti sahaja tidak mencukupi kerana peserta perlu menjalani latihan dua hingga tiga kali seminggu selepas menandatangani kontrak.

    Apabila mereka sudah membuat keputusan untuk bertarung, mereka akan berlatih bersungguh-sungguh. Kita membimbing dan memantau mereka kerana setiap peserta perlu diberikan peluang serta dorongan.

    Untuk info, kejohanan itu dijadual berlangsung di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur, pada 17 Oktober ini, membabitkan 34 pempengaruh dari sembilan negara dalam 17 perlawanan. 

    Kemasukan penonton adalah percuma, manakala siaran secara eksklusif menerusi platform penstriman, Tonton ditawarkan pada harga RM10 bagi tontonan bayar setiap tontonan (pay-per-view) di seluruh dunia.

    The post Pengasas All Star Championship Bidas Pelakon Label Kejohanan ‘Scam’ – ‘Mungkin Dia Cemburu Sebab Tak Dapat Sertai’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah