Gelagat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang dilihat membawa sebuah buku nota kecil ketika menghadiri Majlis Sesi Bertemu Peminat bersama isterinya, Bella Astillah, mencuri perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Pernah Doakan Bella Astillah & Syed Saddiq Berjodoh, Individu Tunai Puasa Nazar – ‘Masa Umrah Nanti Nak Sujud Syukur’
Artikel Berkaitan: Bella Astillah, Syed Saddiq Sah Bergelar Suami Isteri
Nak catat apa?

Menerusi situasi yang tular di media sosial, Saddiq dilihat berjalan bersama Bella di perkarangan Hotel Shangri-La sambil membawa buku nota berkenaan.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kagum melihat sikap Saddiq yang masih komited dengan tugasnya meskipun sedang menikmati momen bahagia bersama isteri tercinta.
Saddiq bukanlah nama asing dalam dunia perbahasan apabila pernah dinobatkan sebagai pendebat terbaik dunia. Malah, pengalamannya dalam perbahasan turut terserlah di arena politik apabila beliau kerap berbahas di parlimen mengenai pelbagai isu berkaitan negara.
Gelagat Saddiq itu turut mengingatkan netizen kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering dikaitkan dengan amalan membawa buku nota dan seseorang yang suka membaca.
Komen netizen

Terdahulu, Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada pagi Sabtu.
Untuk rekod, Saddiq dan Bella mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.
Terdahulu, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Alif Aziz pada September 2016 sebelum bercerai pada 16 Mei 2019 dan kemudian rujuk semula namun akhirnya berpisah buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.
Sumber: Threads
The post Tak Lekang Dengan Buku Nota, Gelagat Syed Saddiq Curi Perhatian Netizen – ‘YB Nak Catat Apa Tu?’ first appeared on OHBULAN!.





