26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lee Zii Jia Mohon Injunksi Interim, Sekat Bapa & Kakak Buat Keputusan Kewangan Syarikat

    Shopee Sale

    Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia memohon perintah mahkamah bagi mengehadkan kuasa bapa dan kakaknya dalam menguruskan kewangan serta pentadbiran syarikatnya, LZJ Management.

    Lee Zii Jia fail injuksi

    Permohonan injunksi interim itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi saman bertarikh 2 Julai 2026 dengan nombor kes WA-24NCC-400-07/2026.

    Permohonan tersebut turut melibatkan bapanya, Lee Chee Hin, kakaknya, Lee Zii Yii, serta adiknya, Lee Tao sebagai responden dalam kes berkenaan.

    Menerusi permohonan itu, Zii Jia mahu Chee Hin dan Zii Yii dihalang daripada meluluskan sebarang bayaran fi pengarah, elaun, bonus atau manfaat kewangan lain untuk diri mereka sendiri, kecuali gaji bulanan.

    Zii Jia juga memohon agar sebarang keputusan penting berkaitan hala tuju syarikat tidak dapat dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa kebenaran mahkamah.

    Sekatan yang dimohon itu merangkumi urusan pelantikan atau penyingkiran pengarah, pemilihan setiausaha syarikat, penjualan aset utama, pengeluaran saham baharu dan perubahan pegangan saham.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kami Dikhianat’ – Shikin Maembong Menangis Barang Niaga Dipulangkan Dalam Keadaan Teruk

    Dalam dokumen sama, Zii Jia mendakwa dirinya memiliki 90 peratus kepentingan dalam LZJ Management, diikuti Zii Yii dengan sembilan peratus dan Lee Tao yang memegang baki satu peratus.

    Selain itu, Zii Jia turut memohon supaya mahkamah mengarahkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan tadbir urus syarikat.

    Permohonan tersebut dikemukakan sementara pertikaian undang-undang berkaitan masih berjalan.

    Selain itu, beliau turut meminta mahkamah mengarahkan satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi membincangkan isu berkaitan pengurusan serta tadbir urus syarikat tersebut.

    Permohonan injunksi interim itu bertujuan menetapkan batasan terhadap tindakan tertentu sepanjang pertikaian undang-undang berkenaan masih dalam proses.

    Sumber: Berita Harian

    The post Lee Zii Jia Mohon Injunksi Interim, Sekat Bapa & Kakak Buat Keputusan Kewangan Syarikat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah