34.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bukan Janna Nick’ – Pernah Diperlekehkan, Zara Zya Perjelas Identiti Pelakon ‘J’

    Shopee Sale

    Pelakon, Zara Zya menepis dakwaan bahawa individu yang dikenali sebagai pelakon ‘J’ yang kononnya pernah memperlekehkan dirinya pada awal kemunculan industri adalah Janna Nick.

    Artikel Berkaitan: Zara Zya Sayu Imbas Momen Sahur Bersama Keluarga – ‘Tak Sangka Bila Besar Keluarga Saya Berpecah’

    Artikel Berkaitan: Zara Zya Kongsi Kisah Lucu, Makan Asam Thai ‘Expired’ Dengan Artis & Kru Di Set Penggambaran

    Selebriti ‘J’

    Ketika ditemui , Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata hubungannya dengan Janna sangat baik dan mereka sememangnya tiada sebarang masalah.

    Tak, bukan dia. Janna keluar selepas saya. Kiranya dia orang baru selepas saya.

    Dia bagus, tiada masalah dengan saya dan kami juga berkawan. Yang ‘J’ itu biarlah yang tahu saja tahu.

    Kata Zara, perkongsian itu dibuat sebagai pengajaran untuk pendatang baharu supaya lebih berhati-hati dan menjaga diri dalam industri seni.

    Saya sebenarnya nak buat thread untuk orang-orang baru supaya mereka lebih bersedia, ada ilmu dan pandai jaga diri. Tapi saya kongsi satu cerita dahulu, yang lain mungkin selepas ini.

    Sebab kadang-kadang kita sibuk, tulis saja dan tak tengok komen pun. Bila malam dan ada masa terluang barulah saya semak semula.

    Pembakar semangat

    Menceritakan kembali, pelakon drama Love You Mr Arrogant itu berkata insiden itu terjadi semasa mereka menjalani penggambaran di sebuah pusat beli-belah ketika dia masih berjinak-jinak dalam industri seni.

    MENARIK:  [VIDEO] Alina Hassan Tak Sangka Tersenarai Top 100 Calpis Soda One In A Million, ‘Target’ Menang Hadiah RM 1 Juta

    Meskipun diperlakukan buruk oleh selebriti ‘J’ itu namun Zara berkata dia tidak pernah patah semangat dan berusaha mencipta nama dengan lakonan yang mantap.

    Dalam situasi itu saya rasa pelik. Nak kata sedih pun tidak sebab saya bukan orang yang ambil kisah sangat.

    Tapi dalam hati saya cakap, insya-Allah satu hari nanti orang akan tahu siapa saya.

    Saya jenis orang yang serius dalam kerja dan akan buat betul-betul. Alhamdulillah, sekarang orang kenal Zara Zya.

    Sementara itu, Zara berkata individu berkenaan kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia seni.

    ‘J’ itu sudah tiada dalam industri sekarang. Selepas itu kami tidak pernah jumpa lagi. Kami hanya bertemu ketika penggambaran telefilem itu sahaja.

    Terdahulu, Zara menyorot perhatian ramai apabila berkongsi kisah dirinya diperlekeh artis wanita dikenali sebagai ‘J’.

    Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan tanda tanya sehingga ada yang menyebut nama Janna Nick.

    The post ‘Bukan Janna Nick’ – Pernah Diperlekehkan, Zara Zya Perjelas Identiti Pelakon ‘J’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah