28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Nak Perkahwinan Bertahan Lama, Jangan Libatkan Orang Luar Termasuk Mak Ayah & Keluarga’ – Aliff Syukri

    Shopee Sale



    Aliff Syukri

    Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menasihati pasangan yang sudah berkahwin supaya jangan sesekali melibatkan orang luar dalam apa jua keadaan sekiranya mahu bahtera rumah tangga bertahan lama.

    Jangan libatkan orang luar

    Aliff Syukri

    Aliff berkata, mana-mana pasangan yang melibatkan keluarga mahupun saudara-mara tatkala perkahwinan dilanda badai, itu menandakan mereka masih belum matang.

    Usahawan itu berpendapat, suami isteri perlu bijak dalam menyelesaikan masalah yang berlaku.

    Tips nak perkahwinan bertahan lama, jangan libatkan orang luar termasuk keluarga. Semua tak betul, yang tahu baik buruk kita adalah pasangan sendiri.

    Jangan terpengaruh dengan mak, ayah atau adik beradik. Apabila sudah berkahwin jangan pernah libatkan mereka.

    Kalau benarkan keluarga masuk campur bermakna anda belum cukup matang. Kalau tak pandai buat keputusan jangan kahwin. Kepada lelaki perlu ada jati diri untuk jadi pemimpin dalam keluarga.

    Aliff berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Jangan Fitnah, Saya Hanya Membuat Gambar Tanpa Video Atau Podcast’ – Hot Daddy

    Perkahwinan tak indah

    Dalam sesi sama, Aliff berkata, pasangan suami isteri hendaklah mengurangkan berkongsi momen romantis dalam media sosial kerana apa yang dipaparkan belum tentu sama dengan kehidupan sebenar.

    Kalau kahwin sampai 50 tahun pun, belum tentu saling melengkapi kerana dalam perkahwinan tiada yang sempurna. Namun sentiasa usaha untuk berikan yang terbaik.

    Kalau ada pasangan jangan tayang di media sosial. Apa yang ditayangkan tidak seindah dalam kehidupan realiti. Bukan semuanya indah dalam perkahwinan.

    Kalau setakat kahwin lima atau enam tahun belum jamin kebahagiaan, panjang lagi perjalananya. Saya bukan mengutuk tetapi itu apa yang saya lihat.

    Kadang rasa cemburu dengan pasangan yang pegang tangan sambil berjalan, hujung-hujung dia yang cerai dulu. Waktu bercinta kemain romantik, sekali kahwin tak sampai setahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah