26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amyra Rosli Hidang Air Sedap Setiap Kali Bergaduh Dengan Amar Baharin – ‘Kena Pandai Ambil Hati, Rendahkan Ego’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli berpegang pada prinsip agar tidak menjadikan media sosial sebagai medium meluahkan rasa marah atau kecewa, terutamanya melibatkan hal rumah tangganya bersama suami, Amar Baharin.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amyra Rosli Suka Lelaki Matang, Amar Baharin Pandai ‘Tackle’ Hati Ibu Mentua

    Elak luah di sosial media

    Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 34, menjelaskan bahawa dia tidak mahu sebarang perselisihan faham antara mereka diketahui oleh orang luar.

    Saya tak pernah meluah di media sosial. Lagipun, saya fikir untuk apa. Kalau merajuk dan luah di media sosial, orang akan terus cari Amar. Padahal kita duduk sebumbung, hari ini gaduh, esok dah berbaik.

    Saya ambil iktibar kisah orang lain. Bukan nak menghakimi, tapi itu ujian masing-masing. Doakan yang baik-baik. Kadang-kadang orang muat naik di media sosial sebab nak perhatian atau sebab tak ada tempat mengadu.

    Mereka rasa itu jalan terbaik, mungkin puas dengan cara itu. Saya tak berada di tempat mereka. Kita yang membaca, doakan saja dan jangan tambah api. Suami isteri mesti ada pasang surut.

    Bercerita lanjut, hos rancangan Nona itu berkata, salah satu kunci keharmonian rumah tangga adalah memberi ruang kepada pasangan apabila berlaku salah faham.

    Bagi Amyra, tidak salah jika masing-masing mengambil masa untuk menenangkan diri terlebih dahulu sebelum berbincang dengan lebih tenang.

    Kalau Amar nak pergi berkayuh, saya izinkan, sebab saya tahu lelaki perlu ruang lepaskan ‘stress’. Asalkan cara betul. Lebih baik dia buat hobi daripada benda bukan-bukan. Tapi bila sudah izinkan, kena pantau juga.

    Saya pula kalau gaduh, saya akan berbaik hari sama juga. Tapi Amar jenis kalau mood tak okay, tunggu esok. Kami kalau gaduh, esok saya pujuk, buatkan air sedap-sedap.

    Kena pandai ambil hati dan rendahkan ego. Saya tak rasa diri lebih tinggi walau ada kerjaya. Sebagai isteri, tunduk sajalah, bukan kalah tapi menjaga keharmonian. Saya tak suka simpan marah atau merajuk. Ada salah faham, selesaikan cepat.

    Elak gaduh depan anak

    Dalam masa sama, Amyra turut menegaskan dia seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada bergaduh di hadapan anak-anak.

    MENARIK:  Wanita Baru Nikah Tetapi Memilih Untuk Bercerai Selepas Mengetahui Suaminya Memberikan Mas Kawin Palsu

    Tambah Amyra, komunikasi yang jujur menjadi asas penting dalam sesebuah hubungan suami isteri. Katanya, pasangan perlu saling berterus terang dan tidak menyimpan rasa tidak puas hati terlalu lama.

    Jangan harap lelaki akan faham sendiri, lelaki tak faham perempuan. Perempuan kena terus terang, cakap apa yang tak suka. Jangan simpan sampai meletup.

    Bukan lelaki saja kena pujuk, perempuan pun boleh ambil langkah dulu. Minta maaf bukan tanda kalah, tapi untuk hubungan lebih baik. Dalam rumah tangga, tak perlu nak menang.

    Dalam perkembangan lain, Amyra bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Khianat Yang Terpilih yang bakal ditayangkan pada Ramadan 2026 di TV3.

    Selain Amyra, naskhah tersebut turut dibintangi Ben Amir, Puteri Aisyah dan Ikmal Amry.

    The post Amyra Rosli Hidang Air Sedap Setiap Kali Bergaduh Dengan Amar Baharin – ‘Kena Pandai Ambil Hati, Rendahkan Ego’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah