Selebriti, Amri Aziz mendedahkan aktiviti wajibnya setiap kali menjelang Syawal sebagai pemilik lapan ekor kucing kesayangan.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Mohon Bantuan Orang Ramai Cari Kucing Hilang – ‘Kalau Ternampak Beritahu, Nanti Saya Bagi Reward’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fedtri Yahya Kongsi Kucing Jadi Perisai Sihir, Antara Bentuk Bantuan Allah – ‘Kalau Terkena, Akan Mati Dahulu’
Tiap tahun beli baju raya kucing

Menurut Amri, saban tahun dia tidak pernah terlepas membelikan ‘baju raya’ buat si bulus sebagai tanda meraikan Aidilfitri bersama.
Namun, pelakon drama Sara Sajeeda itu menyedari kucing peliharaannya kelihatan kurang selesa apabila dipakaikan baju penuh kerana pergerakan mereka menjadi terbatas.
Sudah enam tahun saya membela kucing dan setiap kali raya mereka juga ada ‘baju raya’. Cuma saya perhatikan jika dipakaikan baju raya kucing-kucing dilihat kurang selesa.
Tetapi apabila dipakaikan Bib leher, kucing kelihatan tenang dan bebas bergerak. Jadi, timbul idea untuk mengeluarkan Bib leher khas untuk kucing sempena raya.
Amri bersama rakan kongsinya, Zarol Zarif, tampil memperkenalkan The Fluffyss Bib Raya Collection yang mengetengahkan konsep bib leher khas untuk kucing.
Menurut Amri, penggunaan bib di bahagian leher membuatkan kucing kelihatan lebih tenang dan bebas bergerak, tanpa menjejaskan gaya ketika bergambar di pagi raya.
Malah, koleksi tersebut dikatakan antara yang terawal diperkenalkan di Malaysia dengan konsep khusus untuk sambutan Aidilfitri.
Menariknya, rekaan koleksi ini diinspirasikan daripada busana tradisional Melayu. Bagi kucing jantan, Male Bib direka berkonsepkan Baju Melayu Cekak Musang lengkap dengan elemen samping songket dan songkok mini.
Manakala untuk kucing betina, Female Bib menampilkan sentuhan kebaya lace bersama songket peplum serta hiasan reben yang comel.
Ara Johari & Wany Hasrita jadi muse

Bagi memeriahkan lagi pelancaran, dua penyanyi terkenal iaitu Ara Johari dan Wany Hasrita dipilih sebagai muse koleksi tersebut. Pemilihan mereka dibuat berdasarkan imej elegan dan anggun yang seiring dengan konsep tradisional moden yang dibawakan jenama itu.
Mereka berdua adalah pencinta haiwan dan sudah lebih 10 tahun berada dalam industri seni. Jadi, pelantikan mereka sebagai muse sangat bertepatan selain, meluaskan lagi promosi dan pasaran untuk produk raya kami.
Menerusi jenama The Fluffyss di bawah syarikat AMZZ Empire, Amri bersama rakan kongsi, Zarol Zarif yang juga seorang penyanyi mensasarkan penjualan sebanyak 10,000 The Fluffyss Bib Raya Collection.
Sebelum keluar produk Bib raya ini, jenama The Fluffyss telah menjual vitamin untuk kucing iaitu Flufftamin sejak Ogos 2024.
Kami pilih untuk fokus dalam perniagaan berkaitan dengan kucing kerana kami sendiri adalah pencinta kucing dan melihat tidak ramai peniaga yang menjual produk seumpama ini.
Oleh itu, pesaing tidak ramai seperti mana perniagaan makanan atau pakaian. Pencinta kucing di Malaysia dan Singapura sangat ramai, jadi ketika kami mula jual produk berkaitan kucing pengikut teruja dan memberi sokongan.
Kami yakin industri berkaitan kucing ini boleh pergi jauh. Perjalanan kami bermula dengan agak baik selain sambutan memberansangkan daripada pelanggan, produk terbaharu ini juga diberi peluang untuk kolaborasi dalam kempen Ramadan Mega All Star di TikTok.
Koleksi Bib Raya ini ditawarkan pada harga antara RM85 hingga RM99 dan boleh didapati menerusi TikTok Shop The Fluffyss serta ejen-ejen sah yang dilantik. Ia turut akan dijual secara fizikal di Absolut Bazaar yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 13 hingga 15 Mac akan datang.
Menariknya, setiap pembelian hadir bersama kotak eksklusif, sekali gus memberi sentuhan premium agar gaya raya si bulus terasa lebih istimewa, setaraf dengan tuannya.
Dalam perkembangan sama, Amri dan Zarol yang dikenali sebagai pempengaruh menerusi Cikidot Channel kini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia seni bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan yang semakin berkembang.
Kami berdua sebulat suara untuk memberi fokus kepada perniagaan yang dibina sepanjang musim perayaan ini.
Selepas raya andai ada tawaran lakonan dan pengacaraan saya terbuka untuk menerimanya. Buat kempen untuk sosial media masih berjalan seperti biasa.
The post Amri Aziz & Zarol Zarif Utamakan Keselesaan Kucing, Perkenal Bib Leher Khas first appeared on OHBULAN!.





