30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ryan Bakery Terima Banyak Gambar Wanita Tidak Senonoh, Syukur Tak Mudah Tergoda – ‘Saya Lihat Diri Di Cermin, Tak Lah Helok Mana’

    Shopee Sale



    Ryan Bakery

    Nama semakin dikenali, pempengaruh dan pelakon, Ryan Bakery mendedahkan tidak terlepas daripada menjadi mangsa godaan wanita gersang merembeskan nafsu mereka dalam media sosial.

    Godaan wanita

    Ryan Bakery

    Ryan atau nama lengkap Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 30, berkata, dia sering menerima gambar tidak senonoh yang dikirim oleh individu tidak dikenali di Instagram miliknya.

    Wanita-wanita yang DM itu memang ada, kadang-kadang apabila saya lihat diri dalam cermin, saya ini tidak lah ‘helok’ (kacak) mana pun.

    Saya sendiri tunjukkan kepada isteri saya, dia akan padam mesej-mesej tersebut. Isteri rajin ‘scroll’ semua mesej yang saya terima di bahagian ‘hidden message’.

    Di bahagian itulah banyak gambar yang tidak senonoh dihantar.

    Tak tergoda

    Ryan Bakery

    Berkongsi lanjut, Ryan berkata, dia mampu mengawal nafsunya daripada godaan tersebut dan bersyukur isteri tidak cepat melatah apabila kejadian itu berlaku.

    Terletak pada diri sendiri, saya insya-Allah seorang isteri sudah cukup. Jika bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi faham-faham sahaja lah.

    Isteri saya faham kerjaya saya dalam dunia seni. Dia pun kadang-kadang ikut saya bekerja. Jujur, saya mengaku takut apabila dapat mesej sebegitu.

    Dalam pada itu, Ryan turut mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang suka menyibuk hal rumah tangganya.

    Saya selalu dipesan oleh netizen jangan terlalu kongsi gambar kegembiraan dengan isteri, saya jawab salah ke kalau nak muat naik gambar keluarga.

    Paling tidak seronok ada pihak yang suka menyibul hal keluarga saya, apa pun yang mana nasihat baik saya ambil.

    MENARIK:  Nostalgia Menggamit Memori, Peterpan Bakal Gegarkan Malaysia Julai Ini

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah