
Memiliki wajah yang jelita dan tahap IQ yang tinggi, pelakon, Amelia Henderson mengakui segan apabila ada segelintir peminat yang melabel dirinya sebagai wanita ‘beauty with brain’.
‘Perfect’

Amelia atau nama lengkap Amelia Thripura Henderson, 30, berkata, dia juga manusia biasa seperti orang lain yang mempunyai kekurangan dan perlu sentiasa perbaiki diri.
Saya masih ada kekurangan, kalau cakap saya ‘perfecet’, itu memang tak betul. Tiada manusia sempurna tapi ada manusia yang suka mencuba dan saya harap saya jadi manusia sebegitu.
Harap juga satu hari nanti akan ada seseorang kenal saya secara peribadi yang akan nampak dan terima kebaikan serta keburukan saya kerana semua itu wujud dalam semua diri manusia.
Tapi pada akhirnya, pandangan orang terhadap saya bukanlah dalam kawalan kita sendiri. Ada yang nampak saya begini, mungkin ada pula menyampah tengok muka saya. Kita tak tahu, kan?
Amelia berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘meet and greet’ bersama pelakon Blood Brothers yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Hanya indah dilihat

Tambah Amelia, berkemungkinan orang ramai melihat dirinya sentiasa ceria disebabkan apa yang dikongsikan dalam media sosial hanya yang indah belaka.
Namun, dia mengakui tidak terlepas daripada melalui fasa-fasa sedih dan kecewa seperti insan lain.
Bila kerja dalam dunia media sosial, memang ada tanggungjawab untuk sebarkan perkara positif.
Setiap kali berkongsi sesuatu, saya nak buat orang gembira. Sebab itu nampak macam saya selalu bahagia. Tapi, di sebaliknya orang tak tahu.
Takkan bila menangis, kita nak tunjuk. Mungkin ada yang rasa kongsi perkara sedih boleh bantu orang lain proses emosi mereka. Tapi saya lebih selesa simpan benda negatif secara peribadi.
Dalam perkembangan terkini, Amelia bakal membintangi filem arahan Syafiq Yusof iaitu Blood Brothers yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, 10 April depan.
Selain Amelia, naskhah bergenre asksi itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syukri Yahaya, Syafiq Kyle, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.





