Pelakon dan pengacara Amelia Henderson ‘throwback’ momen pasangan adik-beradik, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang menjadi tetamu jemputan di podcast Studio Sembang.
Artikel Berkaitan: Netizen Tegur Tandas Pickleball Amelia Henderson Tiada Bidet – ‘Kita Bukan Mat Salleh Tak Cuci Bontot’
Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Segan Dilabel ‘Beauty With Brain’, Akui Diri Masih Tak Sempurna
Niat suci dan tulus
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amelia atau nama lengkap Amelia Thripura Henderson, 30, kagum melihat Heliza dan Hazwani yang sentiasa bergerak dengan niat tulus demi membina masa depan yang lebih baik.
Dalam pada itu, Amelia akui turut terkesan dengan sukarelawan Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tengok balik semasa The Helmis menjadi tetamu jemputan di studio kami (Studio Sembang), dua jiwa yang bersinar mempunyai niat yang suci dan tulus untuk membina masa depan dunia yang lebih cerah.
Kehadiran mereka mencetuskan perbualan yang amat menginspirasikan dan membuka mata ramai orang.
Hari ini, hati kami terasa berat dengan berita penculikan secara tidah sah terhadap Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta para pejuang berani yang lain di atas bot Global Sumud Flotilla.
Pada akhir perkongsian, seluruh pasukan Studio Sembang mendoakan agar kesemua sukarelawan sentiasa dilindungi dan berjaya menamatkan misi bantuan.
Kami berdosa agar meraja segera dibebaskan dan misi menyampaikan bantuan ke Gaza dapat disempurnakan.
Doa dan ingatan kami sentiasa bersama mereka, kini dan selamanya.
Pada Khamis, media melaporkan seramai 23 sukarelawan warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah ditahan antaranya Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardel Aryana), Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil, Norfarahin Romli (Farah Lee) dan ramai lagi.
Susulan itu, menurut laporan Harian Metro, kesemua sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel semasa sertai Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan selamat dan akan dibawa pulang melalui sebuah negara ketiga.
Sumber: TikTok @studiosembang
The post Amelia Henderson Kagum Dengan Semangat ‘The Helmis’, Beri Inspirasi Kepada Ramai Orang – ‘Doa & Ingatan Kami Bersama Mereka’ first appeared on OHBULAN!.






