34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ambil Tiga Biji Sekali Gus? Ketahui Dos Paracetamol Yang Selamat Untuk Anda

    Shopee Sale

    Pengambilan ubat paracetamol merupakan antara salah satu cara yang sering digunakan untuk melegakan sakit kepala, demam, dan sakit badan.

    Artikel Berkaitan: Hidung Berair & Mata Gatal? Ketahui Kaedah Rawatan Berkesan Untuk Masalah Resdung

    Artikel Berkaitan: Khasiat Minyak Zaitun Dalam Menyokong Kesihatan Wanita

    Kesan pada fungsi hati

    Namun, ramai yang kurang menyedari kepentingan dalam mematuhi had dos yang selamat, terutamanya apabila mengambil lebih daripada jumlah yang disarankan dalam satu masa, seperti menelan tiga biji paracetamol sekali gus.

    Walaupun ubat ini dianggap selamat jika digunakan dengan betul, tetapi pengambilan yang tidak terkawal boleh memberi kesan serius kepada tubuh badan, khususnya terhadap fungsi hati.

    Tahap keselamatan bagi pengambilan paracetamol bergantung kepada jumlah dos dan cara pengambilannya.

    Bagi golongan dewasa, had maksimum yang dibenarkan ialah 4,000 miligram sehari, bersamaan lapan tablet 500 mg, dan pengambilan dalam lingkungan ini biasanya tidak memudaratkan organ hati jika diambil secara berhemah.

    Dos setiap kali pengambilan tidak seharusnya melebihi 1,000 miligram atau dua tablet, dengan jarak sekurang-kurangnya enam jam antara setiap dos.

    Tambahan pula, paracetamol terdapat dalam pelbagai jenis seperti 500 mg dan 650 mg, yang memerlukan perhatian khusus supaya dos harian tidak melepasi had tanpa disedari.

    MENARIK:  Penyanyi Hamil 5 Bulan Dibunuh Suami, 7 Bulan Menghilang Rupanya Ditanam Belakang Rumah

    Boleh koma

    Gejala keracunan biasanya muncul dalam tempoh 24 jam dan termasuk sakit perut, loya, muntah, sawan, serta dalam keadaan lebih serius boleh membawa kepada koma dan kematian.

    Kematian akibat pengambilan paracetamol berlebihan lazimnya berlaku dalam tempoh dua hari hingga ke empat hari, dan kebiasaannya ia berpunca daripada kegagalan hati untuk berfungsi dengan baik.

    Oleh itu, individu yang mengambil dos melebihi had selamat atau tidak mengalami kelegaan simptom selepas pengambilan ubat ini dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan.

    Kesan pengambilan paracetamol, terutamanya secara berlebihan berbeza mengikut individu.

    Simptom lain yang mungkin berlaku termasuk rasa letih, ruam, dan kegatalan. Bagi kanak-kanak pula, simptomnya seperti badan menggigil, kadar gula dalam darah yang rendah, serta rasa lapar yang berlebihan.

    Bagi persoalan tentang kesan mengambil tiga biji paracetamol sekali gus, ia lazimnya tidak membahayakan organ hati sekiranya jumlah keseluruhan pengambilan masih berada dalam had maksimum harian yang dibenarkan.

    Namun begitu, pengguna perlu sentiasa mengawasi jumlah tablet yang diambil dan memastikan dos tidak berlebihan untuk melindungi kesihatan organ dalaman.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Ambil Tiga Biji Sekali Gus? Ketahui Dos Paracetamol Yang Selamat Untuk Anda first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah