Pelakon, Amar Asyraf mengakui kehidupannya kini lebih tenang selepas menceburi bidang perniagaan walaupun sudah lebih lima tahun meninggalkan dunia seni.
Artikel Berkaitan: Amar Asyraf Bukan Merajuk Dengan Dunia Seni, Lebih Selesa Bergelar Usahawan – ‘Saya Nak Beri Fokus Sepenuhnya’
Artikel Berkaitan: Amar Asyraf Kongsi Swafoto Bersama Anak Ketiga- ‘Terima Kasih Mummy’
5 tahun tak berlakon

Menurut Amar, dia lebih suka bergelar usahawan kerana percaya ia dapat membuka peluang kepada orang ramai untuk mencari rezeki.
Ada orang tanya saya, ‘dah tak berlakon dah ke?’ Saya cakap tak. Lima tahun dah.
Saya suka lagi berniaga, boleh kongsi rezeki dengan bagi banyak peluang perniagaan.
Mengulas lanjut, pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu berkata pada ketika ini, dia menjalani kehidupan dengan baik dan seronok.
Saya rasa hidup saya lebih tenang dan lagi seronok sekarang.
Tawakal pada Allah tu lebih, usaha dan kreativiti saya lagi mencanak-canak perginya.
Tambah lagi ada isteri yang kepala sama suka cari duit. Rezeki saya lah Allah bagi dapat dia.
Sekadar makluman, Amar merupakan penjual minyak wangi dan pemilik jenama House of Amar yang beroperasi di Shah Alam.
Sumber: Threads
The post Amar Asyraf Lebih Suka Berniaga – ‘5 Tahun Dah Tak Berlakon, Kehidupan Sekarang Lebih Tenang & Seronok’ first appeared on OHBULAN!.





