Pempengaruh dan usahawan Fila Amir berang menerima komen mengenai status anak sulungnya, Assara Adama Camara.
Artikel Berkaitan: Lima Tahun Usaha Dengan IVF, Fila Amir & Suami Akhirnya Timang Cahaya Mata Perempuan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fila Amir & Suami Tak Pilih Jantina Dari Ujian IVF, Bakal Timang ‘Baby Girl’! – ‘Boleh Beli Baju Kembang & Buat Rambut’
‘Pastu doktor pakai sperma siapa?’
Menerusi potongan klip siaran langsung, Fila atau nama lengkapnya Nur Afilah Amir Rusdi dilihat menjawab pertanyaan netizen yang mengatakan anaknya tidak mewarisi rupa suaminya, Adama.
Tegasnya, dia menjalani proses Persenyawaan In Vitro (IVF) menggunakan sperma Adama.
Tadi baru je ada orang kata muka Assara tak macam ayahnya.
Macam mana pula bukan anak Adama? Aku buat IVF, doktor kutip sperma siapa?
Orang nak buat IVF kena guna sperma suami. Dua dua kena halal, kalau Islam.
Abaikan saja




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Fila untuk tidak membaca komen-komen yang boleh mendatangkan tekanan dalam diri. Selain itu, warganet turut mengatakan bahawa tidak semua anak mewarisi rupa ibu atau ayah.
Sumber: TikTok @NaniMubarak
The post [VIDEO] ‘Kalau Adama Bukan Ayahnya, Doktor Kutip Sperma Siapa?’ first appeared on OHBULAN!.





