Usahawan dan pempengaruh media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri menyorot perhatian ramai apabila berkongsi mengenai dirinya dan keluarga yang berdepan dengan pelbagai penyakit misteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dirawat Di Hospital, Doktor Cakap Gatal Boleh Sekat Pernafasan – ‘Muka Jadi Bengkak’
Terkena jangkitan misteri
Menerusi TikTok, akaun @kedai_dherbs memuat naik rakaman video rakaman sesi siaran langsung dibuat Aliff bersama isterinya, Datin Seri Shahida berkongsi beberapa kejadian aneh menimpa mereka sekeluarga.
Dakwa Aliff, antara perkara misteri yang dialaminya adalah mengalami mimpi yang menyeramkan sebelum menghadapi simptom gatal dan ruam di badan.
Ini bukan gimik, papa cerita hal yang sebenar. Keluarga saya tidaklah jahat dan dari keturunan yang baik-baik.
Tetapi pada bulan ini, anak papa demam berterusan. Mula-mula sakit mata kemudiannya sakit mata.
Dua hari lepas sebelum terkena ruam, papa mimpi hantu yang menakutkan.
Selama 20 tahun kebelakangan ini, papa tak pernah kena tau.
Dalam pada itu, anak kepada usahawan Bonda Rozita Ibrahim ini memaklumkan dirinya tidaklah menuding jari kepada mana-mana pihak namun pelik dengan kejadian yang berlaku.
Tak adalah nak tudung siapa-siapa cuma macam pelik.
Jadi, papa kena banyak berdoalah.
Netizen buat andaian



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau melihat keadaan kesihatan terkini Aliff sekeluarga.
Ada juga di kalangan netizen yang mendakwa Aliff sekeluarga berdepan dengan penyakit misteri itu sejak pulang dari melawat kediaman pembantu rumahnya di Indonesia.
Terbaharu, Aliff dimasukkan ke hospital selepas gejala gatal-gatal dan kemerahan pada seluruh badan dialami sejak dua hari yang lalu tidak surut.
Difahamkan, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman mengalami alergi kronik yang dipanggil Anaphylaxis (Reaksi Alergi Teruk) yang boleh menyekat saluran pernafasan.
Keadaan itu boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat, tekanan darah menurun secara mendadak serta boleh mengakibatkan maut.
Sumber: TikTok
The post Aliff Syukri Mimpi Hantu Menakutkan Sebelum Badan Penuh Ruam Merah first appeared on OHBULAN!.





