31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Alif Satar Gembira Sonny Bill Williams Bergabung Dengan Geng Subuh Seperti Hari Jumaat, Minta Kempen Diteruskan Di New Zealand

    Shopee Sale



    Selebriti versatil, Alif Satar mendedahkan dirinya begitu teruja apabila bintang ragbi dunia, Sony Bill Williams turut sama hadir mengimarahkan lagi kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang dianjurkan Faith Events di Masjid Putra, Putrajaya awal pagi Sabtu.

    Harap dibuat di New Zealand

    Ketika ditemui , Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkata, dia berasa sangat bersyukur selepas doa dan impiannya untuk Sonny menyertai kempen yang dimulakannya itu dimakbulkan Allah SWT.

    Alhamdulillah, Allah S.W.T sudah mendengar doa saya supaya brother Hamza (Sony Bill) dapat bersama-sama menjayakan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ ini.

    Saya sangat bersyukur bila dapat tahu Faith Events mengundang Williams untuk menyertai program ini.

    Williams mempunyai pengaruh yang sangat besar, bermula dari kisah dirinya memeluk agama islam, kisah hidupnya juga menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.

    Alif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Reeza’ arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang diadakan di Kawasan Rehat & Rawat Dan Hentian Sebelah Seri Kembangan Soutbound pada petang Ahad.

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Jangan Nakal’ tersebut juga menanam impian besar agar kempen tersebut dapat diteruskan di New Zealand melalui pengaruh yang ada pada Sonny Bills.

    Walaupun kami baru kali pertama berjumpa tapi seperti sudah kenal lama. Sonny juga menyambut baik perancangan saya untuk meneruskan kempen ini hingga ke peringkat dunia.

    Terima kasih saya ucapkan kepada dia kerana sudi menjayakan kempen anjuran Faith Event ini dan Insya-Allah,  kempen dapat diteruskan di New Zealand pula selepas ini.

    Terdahulu, hampir 5,000 jemaah yang terdiri daripada semua lapisan umur hadir bagi menjayakan kempen tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Neelofa Mahu ‘Move On’, Enggan Panjangkan Isu Guna Foto ‘Double Meaning’ – ‘Kita Sudah Akui Apa Yang Perlu’

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Na’im Mokhtar berpendapta, antara daya tarikan yang berjaya menbuatkan kempen tersebut mendapat sambutan adalah kehadiran Sonny Bill yang turut hadir memeriahkan program tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah