Selepas beberapa tahun memilih untuk solo, pelakon Ali Reza kini terbuka hati untuk berkenalan dengan seseorang dan membina hubungan baharu.
Artikel Berkaitan: Miliki Wajah Seiras, Netizen Teka Idris Khan & Ali Reza Kembar – ‘Sama Lah!’
Buka pintu hati

Ali, 28, berkata, dia tidak meletakkan syarat khusus dalam mencari pasangan, sebaliknya hanya mengutamakan hati yang baik serta mampu menerima dirinya seadanya.
Saya okey untuk berkawan dengan sesiapa pun, tak kira lebih muda atau berusia. Yang penting, dia ikhlas dan boleh terima kekurangan saya.
Sebenarnya sudah lama saya menutup pintu hati. Sejak kehilangan arwah ibu, saya jadi takut untuk melalui rasa kehilangan lagi. Itu sebab saya pilih untuk hidup solo.
Menurut Ali, selepas pemergian ibunya, Allahyarham Masni Johari pada November 2021, dia lebih menumpukan perhatian kepada kerjaya seni dan keluarga sehingga tidak memikirkan soal cinta.
Lepas mak meninggal, saya sibukkan diri dengan kerja. Fokus saya hanya pada keluarga dan kerjaya. Tapi sekarang, saya rasa sudah tiba masanya untuk buka hati dan kenal orang baharu.
Bagaimanapun, Ali tetap berhati-hati dalam soal perasaan dan percaya pengalaman lalu banyak mengajarnya lebih matang.
Saya tak mahu terburu-buru, tapi kalau jumpa yang sesuai, saya takkan tolak. Buat masa ini, saya percaya proses perkenalan itu biar berlaku secara semula jadi.
Dalam perkembangan lain, Ali kini sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri 40 episod arahan Rashid Sibir berjudul Setiaku Berdiri.
The post Ali Reza Sedia Buka Pintu Hati, Tak Kisah Usia Bakal Pasangan – ‘Boleh Terima Kekurangan Saya’ first appeared on OHBULAN!.





