Pelakon Nadiyah Shahab memaklumkan bahawa dia telah melakukan sertu sebagai langkah berjaga-jaga selepas tular gambar dirinya memegang seekor haiwan yang didakwa sebagai serigala.
Artikel Berkaitan: ‘Bersama Atau Tidak, Kami Tetap Bahagia’ – Nadiyah Shahab
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nadiyah Shahab Jawab Dakwaan Rumah Tangga Bersama Ben Ali Sedang Bergolak – ‘Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Selamanya’
Serigala

Menerusi komen di Instagram, Nadiyah, 32, berkata dia sudah membuat semakan berhubung hukum bersentuhan dengan serigala berkenaan.
Bagaimanapun, bagi mengelakkan rasa was-was, Nadiyah berkata dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan sertu.
Saya sudah semak juga. But just in case, saya dah sertu juga.
Terdahulu, netizen meluahkan rasa kurang senang apabila Nadiyah memuat naik gambar memaparkan dirinya memegang haiwan didakwa serigala.
Perkongsian itu mencetuskan perbahasan dalam kalangan netizen apabila ada yang mendakwa haiwan tersebut bukan serigala, sebaliknya siberian husky iaitu baka anjing yang mirip serigala.
Sumber: Instagram
The post Nadiyah Shahab Jawab Isu Pegang Haiwan Didakwa Serigala – ‘Saya Dah Sertu’ first appeared on OHBULAN!.





