Perkongsian terbaharu penyanyi, Elyana di Instagram mengenai dirinya yang disyaki sedang menerima rawatan di hospital menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Elyana Hilang Sabar, Dakwa Anak Jadi Mangsa Ejekan – ‘Kenapa Biadab Sangat?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elyana Kongsi Detik Hiba, Dua Puteri Tercinta Bantu Cukur Rambut – ‘Perjuanganku Demi Anak-Anak’
‘Sudah faham…’
View this post on Instagram
Dalam hantaran itu, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal, 39, memuat naik gambar memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi merawat kanser limfoma yang dihadapinya sejak 2010.
Lebih menarik perhatian, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu menyelitkan kata-kata yang mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.
Sebenarnya aku sudah faham arah akhirnya ke mana, tapi aku masih ingin tinggal sedikit lebih lama, menikmati sisa cerita sebelum semuanya benar-benar menjadi kenangan.
Warganet bagi semangat


Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian warganet termasuk para selebriti yang menitipkan kata-kata semangat buatnya.
Untuk info, kira-kira tiga tahun lalu, Elyana berkongsi berita bahawa dia sudah disahkan bebas daripada penyakit itu.
Sebelum itu, Elyana membuat pendedahan bahawa dia menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
Sumber: Instagram
The post ‘Aku Masih Ingin Tinggal Sedikit Lebih Lama…’ – Hantaran Elyana Undang Perhatian first appeared on OHBULAN!.





