29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ubai Nampak Perubahan Emosi Saya Selepas Bersalin Czer, Syukur Dia Mainkan Peranan Dengan Baik’ – Shila Amzah

    Shopee Sale

    Penyanyi, Shila Amzah berpandangan bahawa perubahan emosi yang dialami kaum wanita selepas melahirkan anak berkemungkinan berpunca daripada ‘baby blues’ atau kemurungan selepas bersalin.

    Artikel Berkaitan: Ubai Teruja Lihat Gaya Tudung Shila Amzah Jadi Ikutan Peminat Di China, Seloroh Mahu Buka Bisnes Hijab

    Artikel Berkaitan: ‘Selamat Hari Autisme Sedunia, Papa & Mama Bangga Dengan Seth Uwais’ – Shila Amzah

    Emosi tidak stabil

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan kebimbangan terhadap isterinya yang masih dalam fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan (czer), apabila dilihat mengalami ketidakstabilan emosi sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

    Saya seorang suami dan juga seorang bapa.

    Sekarang saya rasa bingung sebab isteri sedang sakit selepas pembedahan czer, dan dalam masa yang sama terlalu penat menjaga anak.

    Kadang-kadang, bila dia terpaksa menjaga anak seorang diri ketika saya bekerja, dia keluarkan kata-kata yang agak tidak sepatutnya seperti, ‘Aku benci anak ini’, ‘Aku tak mahu kehidupan seperti ini’, ‘Aku penat jaga anak’, ‘Kau tak rasa apa yang aku rasa’, dan ‘Terpaksa pura-pura bahagia’.

    Saya cuba nasihatkan dia, tetapi dia tak boleh terima.

    Saya tertanya-tanya, adakah perkara seperti ini normal berlaku?

    Sampaikan saya tertanya juga, sampai bila perlu terus kuatkan mental?

    Suami banyak bantu

    Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshila Amir Amzah, yang berkongsi bahawa suaminya, Ubai, banyak memainkan peranan sepanjang tempoh tersebut kerana sudah membuat persediaan awal dengan memahami situasi ibu selepas bersalin.

    Baby blues dan postpartum depression memang boleh berlaku.

    Suami saya, Ubai nampak perubahan saya, tapi syukur dia banyak membaca lebih awal dan ambil peranan untuk uruskan keadaan ini.

    Saya pun bersalin secara czer juga, bagi saya badan ibu-ibu czer memang sangat fragile.

    Pernah saya tanya suami, ‘Macam mana pengalaman dia berdepan dengan saya dan baby sepanjang postpartum?’

    Dia jawab, ‘Saya sendiri nampak macam mana doktor biuskan awak (general anaesthesia) dan buka tujuh lapisan, tak ada apa yang lebih berat daripada itu, jadinya sabar itu kunci.’

    InsyaAllah, semua ini akan berlalu.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Penampilan Siti Nurhaliza Hulur Duit Belanja Raih Pujian dari Netizen yang Merindui Mak Di Kampung

    The post ‘Ubai Nampak Perubahan Emosi Saya Selepas Bersalin Czer, Syukur Dia Mainkan Peranan Dengan Baik’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah