32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Aku Benci Mulut Orang Yang Terpaling Tahu’ – Aprena Manrose Faham Perasan Janna Nick Diasak Fasal Anak

    Shopee Sale



    Aktres Aprena Manrose meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir netizen yang tidak sensitif terutama isu anak dalam kalangan pasangan sudah berkahwin.

    8 tahun menanti

    APRENA JANNA

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aprena atau nama lengkapnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman bersuara selepas pelakon Janna Nick berkongsi kesedihannya gara-gara Dini Schatzmann dituduh terlebih hormon perempuan.

    Tegas Aprena, dia benci dengan mulut individu yang terpaling tahu semua benda.

    Saya benci mulut orang yang terpaling tahu semua benda.

    Saya faham apa yang Janna rasa sebab aku lapan tahun tahan dengan mulut orang. Sakitnya hati itu hanya Allah sahaja yang tahu.

    Ingat tak usaha ke?

    APRENA JANNA 2

    Dalam pada itu, Aprena, 31, juga berkongsi usahanya dalam memiliki zuriat sepanjang 8 tahun bergelar seorang isteri.

    Ingat saya dengan suami tak nak anak ke? Ingat kami tak usaha?

    Itu semua kerja Tuhan la. Tolong jangan nak tanya-tanya dah.

    Sekadar info, Aprena mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Mohd Afiq Hazman pada 2016.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Berancang Untuk Merakam Semula Lagu Diari Ramadan Rafique - 'Banyak Orang Baru Tahu Saya Adalah Penyanyi'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah