
Diramal bakal dinobatkan sebagai Juara di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), penyanyi Nadeera Zaini enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.
Nadeera berserah

Ketika ditemui , Nadeera akui mendengar banyak ramalan mengenai lagunya ‘Bukan Lagi Kita’ yang bakal mendapat tempat di AJL39.
Namun, Nadeera berkata, dia hanya berserah pada takdir dan hanya mahu melakukan persembahan yang terbaik.
Sejujurnya, kalau boleh saya nak berserah saja.
Kalau menang itu bonus, kalau tak menang pun tidak mengapa. Saya percaya ada kebaikan selepas itu.
Saya tak mahu terlalu fikirkan ramalan kerana menggangu fokus.
Dalam pada itu, Nadeera sempat mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan usahawan, Neelofa yang meramal dirinya sebagai juara AJL39.
AJL39 bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.





