26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #AJL39: Ernie Zakri Hanya Tampilkan Gaya Bersesuaian Dengan ‘Aura’ – ‘Tampil Berbunga Tapi She Strong’

    Shopee Sale



    Penyanyi Ernie Zakri bersyukur dengan keadaan suaranya yang kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya.

    ‘Aura’

    Ketika ditemui , Ernie enggan terlalu memikirkan masalah kesihatan dan hanya mahu fokus pada persembahan.

    Tidaklah all out, dia lebih membawakan konsep Aura.

    Aura itu adalah seorang ibu, seorang isteri, dan seorang wanita. Jadi, saya kena tampil berbunga tapi ada bawa unsur kekuatan.

    Itu yang saya cuba tampilkan.

    Tekak saya sebenarnya masih dalam proses pemulihan jadi saya hanya lakukan yang terbaik.

    Tapi saya bersyukur, daripada tiada suara, saya boleh kembali bercakap.

    Saya tidak mahu berfikir langsung tentang kesihatan.

    Berkongsi lebih lanjut, suami kepada pelantun lagu ‘Aura’ itu turut membantu dari segi persiapan mental untuk malam berprestij AJL39.

    Saya berlatih depan Syamel.

    Beberapa idea dalam lagu Aura ini merupakan dari Syamel juga.

    Dia sokong dan beri kata-kata semangat untuk saya.

    AJL39 bakal berlangsung malam ini di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 serta boleh distrim di Tonton, jam 9 malam.

    MENARIK:  Amyra Rosli Hidang Air Sedap Setiap Kali Bergaduh Dengan Amar Baharin – ‘Kena Pandai Ambil Hati, Rendahkan Ego’

    Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.

    Jangan lupa untuk penuhkan ruang social media dengan perbualan anda dengan menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa.




    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah