24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Sesekali Cakap Dunia Kejam Pada Lelaki Miskin’ – Norreen Iman Imbau Zaman Duduk Flat Dengan Suami, Makan Sehari RM5

    Shopee Sale

    Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman tampil memberikan reaksi terhadap perkongsian dimuat naik suaminya, Razzi Razak yang sebelum ini mengenai ‘dunia kejam dengan lelaki miskin’.

    Artikel Berkaitan: Suami Norreen Iman Perjelas Salah Faham Video Tular ‘Lelaki Jangan Miskin’ – ‘Aku Tak Cakap Isteri Hina ..’ 

    Hidup susah senang bersama

    Menerusi balasan di Threads, Norreen secara terbuka tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, selain menasihati agar setiap perkongsian dibuat dengan lebih berhati-hati demi menjaga nama baik kedua pihak.

    Terlajak perahu boleh diundur, terlajak hantaran semua kena tanggung. Jaga nama kedua-dua belah pihak.

    Dalam masa sama, Norreen turut mengimbau kembali perjalanan hidup mereka berdua yang pernah melalui fasa sukar sebelum mencapai kehidupan lebih stabil seperti hari ini.

    Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, mereka bermula dari bawah dan pernah hidup serba kekurangan, namun tidak pernah melihat keadaan tersebut sebagai sesuatu yang kejam.

    Sama-sama kita ini budak flat. Tujuh tahun pertama kahwin barulah ada rezeki beli kereta. Ke mana-mana naik motor sebab lebih mudah.

    Setiap hari makan RM5 kongsi berdua. Masak nasi goreng hampir setiap hari sebab nak berjimat supaya lauk tak cepat habis.

    Jual scrub semata-mata nak beli pampers, buat review makanan untuk berjimat barang dapur. Waktu PKP pula, streaming sampai kejung sebab nak pastikan anak cukup makan.

    Jangan sesekali cakap ‘dunia kejam pada lelaki miskin’. Itu semua adalah rezeki Tuhan.

    Terdahulu, Razzi menjelaskan bahawa hantaran yang dimuat naik itu tidak mempunyai kaitan dengan isterinya mahupun keadaan rumah tangga mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Tak Pernah Tukar Cadar, Saya Yang Buat..Angkat Tilam Berat Bukan Kerja Wanita’ – Faizal Hussein

    Menurutnya, perkongsian berkenaan yang menggunakan audio berkaitan usaha lelaki telah disalah tafsir oleh segelintir pihak, sedangkan ia sekadar pandangan umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa secara khusus.

    Sumber: Threads

    The post ‘Jangan Sesekali Cakap Dunia Kejam Pada Lelaki Miskin’ – Norreen Iman Imbau Zaman Duduk Flat Dengan Suami, Makan Sehari RM5 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah