25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Arwah Pesan Jaga Keluarga & Berlakon Dengan Jujur’ – Aedy Ashraf

    Shopee Sale

    Pelakon, Aedy Ashraf mengakui amat terkesan dengan pemergian aktor veteran, Jalil Hamid yang dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

    Artikel Berkaitan: Emelda Rosmila Kongsi Kenangan Bersama Arwah Jalil Hamid – ‘Berulang Kali Dia Minta Maaf Sebab Lupa Dialog’

    Ingat pesanan arwah

    Menurut Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, dia berasa terkejut sebaik menerima khabar duka tersebut, apatah lagi pernah bekerjasama dengan Allahyarham sejak kecil.

    Saya sebenarnya agak terkejut dengan pemergian arwah. Saya pernah berlakon drama dengan dia sewaktu masih kecil dan kami banyak bekerjasama dalam beberapa naskhah.

    Bagi saya dia seorang yang berbakat dan berhati baik. Saya sebak bila bercakap tentang ini. Dia seperti seorang bapa di set, sangat penyayang dan baik.

    Aedy berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Tarung: Unforgiven yang berlangsung di ibu kota, pada Isnin.

    Mengulas lanjut, Aedy menyifatkan industri seni tanah air kehilangan seorang figura yang bukan sahaja berbakat besar, malah memiliki keperibadian yang sangat merendah diri.

    Bagi saya, Malaysia kehilangan permata yang sangat jujur. Saya pernah bekerja dengan ramai pelakon senior, tetapi dia antara yang paling baik dan sentiasa menganggap semua orang seperti anak sendiri.

    Dia tidak pernah meletakkan dirinya di tempat tinggi. Sangat santai, mudah didekati dan disayangi ramai kerana keikhlasan dalam setiap perkara yang dilakukan.

    Dalam pada itu, Aedy turut berkongsi antara pesanan Allahyarham yang masih terpahat dalam ingatannya sehingga kini.

    Arwah pernah pesan kepada saya, ‘Aedy, jaga keluarga dan teruskan dalam industri selagi boleh’. Dia kenal keluarga saya, kenal ibu saya juga. Tapi paling saya ingat, dia kata ‘berlakon kena jujur’. Itu yang saya pegang sampai hari ini.

    Terdahulu, arwah Jalil dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar jam 12.30 tengah hari Isnin. Menurut ahli keluarga, pelakon berusia 69 tahun itu meninggal dunia dalam keadaan tidur.

    MENARIK:  Muaz Zabir Akui Aidilfitri Terasa Kosong Tanpa Arwah Bapa – ‘Setahun Tak Lalu Tempat Kemalangan Itu’

    The post ‘Arwah Pesan Jaga Keluarga & Berlakon Dengan Jujur’ – Aedy Ashraf first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah