28 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aizat Saha Memilih Berhenti sebagai Pramugara demi Fokus pada Berlakon dan Bisnes Jenama Pakaian Heetam Puteh

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial dan pelakon meningkat naik, Aizat Saha mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pramugara syarikat penerbangan tambah rendah, AirAsia.

    Aizat Saha berhenti jadi pramugara

    Ketika ditemui , di majlis berbuka puasa Mask Team, Aizat atau nama sebenarnya Mohd Aizat Saharuddin berkata selain mahu menumpukan kariernya dalam bidang seni, dia juga mahu memberi fokus kepada bisnes jenama pakaian yang diusahakan, Heetam Puteh.

    Saya rasa tahun ini adalah tahun tepat yang saya betul-betul perlu fokus dalam bisnes. Saya punya bisnes dah dua tahun dah, dan tahun ini exposure lebih. Selain bisnes saya nak explore bidang lakonan.

    Dalam pada itu, Aizat akui mengambil keputusan untuk memberi kata noktah terhadap kerjayanya sebagai pramugara bukanlah satu perkara yang mudah namun percaya itu adalah yang terbaik.

    Memang berat hati untuk saya lepaskan sebab itu adalah satu pekerjaan yang saya impikan. Sebenarnya keluarga saya adalah orang yang paling sokong bila saya ambil keputusan untuk berhenti.

    Selama saya bekerja sebagai pramugara, mak saya adalah orang yang paling risau. Setiap hari kalau saya landing je, mak akan tanya. Pekerjaan itu adalah pekerjaan yang merisaukan dia. Jadi saya fikir, mungkin ada betulnya juga saya tinggalkan pekerjaan itu untuk kurangkan sikit risaunya.

    Sekadar info, Aizat baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama TV3 dan meneruskan kariernya dengan terbabit dalam iklan dan klip video raya. Selain itu, Aizat juga aktif mengikuti jualan-jualan bazaar dengan membuka booth perniagaan bagi Heetam Puteh.

    MENARIK:  [VIDEO] Ain Edruce Berkongsi Pengalaman 'Blind Date' Dengan Amirul: 'Kita Pakai Cantik, Dia Boleh Pakai Hoodie Dengan Seluar Pendek Ja?'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah