Penyanyi dan komposer, Aina Abdul memaklumkan sudah menghantar beberapa lagu untuk pencalonan Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Syukur Ramai Puji Persembahan Lagu ‘Cinta’ Di Konsert Melly Goeslaw
Artikel Berkaitan: ‘Saya Menulis Dalam Diam, Sesuatu Yang Sedap Di Halwa Telinga’ – Aina Abdul
AIM24

Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 32, berkata, soal menang atau kalah berserah kepada rezeki, namun dia sudah berusaha sehabis baik mempertaruhkan karya miliknya untuk diteliti barisan juri profesional.
Alhamdulillah saya sudah hantar pencalonan untuk AIM24, banyak juga yang saya hantar. Selagi mana boleh kaut, saya akan hantar mengikut kategori yang sesuai.
Kepada peminat di luar sana, saya tahu anda semua begitu mengambil berat tentang saya mengenai AIM24, terima kasih untuk rasa ‘concern’ itu.
Saya tidak pernah beritahu kepada sesiapa setakat ini yang saya sudah pun hantar pencalonan. Hampir semua kategori saya hantar, menang atau tidak, doakan yang terbaik untuk saya.
Dalam pada itu, Aina memaklumkan lagu duet bersama penyanyi dari seberang, Fabio Asher berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu juga sudah dihantar untuk pencalonan menerusi kategori baharu iaitu Kolabrasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.
Saya juga teruja untuk mencalonkan lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu, itu merupakan karya Melly Goeslow. Itu antara kategori yang saya sangat teruja sebab lagu itu sebuah karya yang bagus.
AIM24 kembali selepas tiga tahun dan acara berprestij itu bakal diadakan pada 13 September depan di Arena of Stars, Genting Highlands.
Sebanyak tiga kategori baharu turut diperkenalkan pada edisi kali ini iaitu Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.
Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi Malaysia (KKM) memperuntukkan sebanyak RM700,000 kepada 11 pemenang kategori AIM24.
Dana ini merupakan sebahagian daripada program Dana Kandungan Kreatif (DKK) di bawah MyCreative Ventures (MyCV) untuk menyokong penerbitan, promosi dan pengedaran kandungan kreatif yang bernilai tinggi dari segi komersial dan seni.
The post Aina Abdul Sudah Hantar Pencalonan AIM24 – ‘Doakan Saya’ first appeared on OHBULAN!.





