30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Haliza Maysuri Sasar Jualan RM10 Juta Di Pahang, Sebahagian Keuntungan Disalurkan Kepada Golongan Memerlukan – ‘Pelanggan Bawal Exclusive Kaya’

    Shopee Sale

    Usahawan terkenal, Haliza Maysuri menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta menerusi authorised reseller di negeri Pahang, bermula dari pembukaan butik ByQiss hingga menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

    Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Tak Berniat Sindir Orang Tidak Berkemampuan – ‘Saya Sebut Harga Bukan Nak Hina, Jangan Cepat Buruk Sangka’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Dedah Terima Gangguan Sihir, Ramai Pihak Cuba Tutup Periuk Nasi – ‘Ular Hitam & Lipan Bara Kerap Masuk Rumah’

    Empayar bukan sekadar keuntungan

    Menurut Haliza, dia yakin sasaran tersebut mampu dicapai berikutan sambutan hangat daripada pelanggan setia di butik yang terletak di Kuantan.

    Pahang kini muncul sebagai antara pasaran paling rancak untuk Bawal Exclusive. Dengan pembukaan butik ByQiss yang lebih selesa, eksklusif dan teratur, saya yakin kami boleh capai jualan RM10 juta di negeri ini menjelang Aidilfitri.

    Kata Haliza, setiap reseller sah seperti ByQiss diberikan keistimewaan untuk menghasilkan rekaan tersendiri bagi mengekalkan keunikan setiap butik di bawah rangkaian Bawal Exclusive.

    Kami menitikberatkan eksklusiviti setiap reseller. Mereka boleh cipta rekaan sendiri dan walaupun ini kali pertama ByQiss melancarkan koleksi khas, sambutannya amat luar biasa.

    Dalam pada itu, Haliza menyatakan sebahagian keuntungan hasil jualan tudung akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

    Ujarnya lagi, dia tidak mahu perniagaan ini berteraskan keuntungan semata-mata.

    Saya mahu empayar ini bukan sekadar berasaskan keuntungan, tetapi turut memberi manfaat kepada masyarakat.

    Sebahagian keuntungan disalurkan melalui zakat serta bantuan kepada mereka yang memerlukan. Lagi banyak kita berniaga, lagi banyak pahala yang mengalir.

    Saya bukan memberi secara senyap-senyap, insya-Allah dengan pahala mengalir, mereka (pelanggan) akan sokong secara berterusan.

    Saya antara pembayar zakat terbesar di Selangor. Ini semua hasil sokongan pelanggan yang percaya kepada kami. Kalau saya tiada nanti, yayasan inilah yang anak-anak akan teruskan sebagai saham akhirat kami.

    Idea daripada pengalaman sendiri

    Sementara itu, Pengasas butik ByQiss by Bawal Exclusive Pahang, Datin Hamizan Puteh, meluahkan rasa syukur apabila pelancaran rasmi butiknya menerima sambutan pelanggan serta peminat setia Bawal Exclusive yang selama ini menunggu hari pembukaan.

    Antara perkara paling menggembirakan kami ialah pembukaan butik ini sebenarnya hadir atas permintaan pelanggan sendiri. Lokasinya yang strategik turut memudahkan pelanggan mendapatkan lebih banyak pilihan koleksi Bawal Exclusive.

    Dalam masa yang sama, Hamizan turut memperkenalkan koleksi mewah Helaian ByQiss bernilai RM990, yang pertama kali diperkenalkan ketika berada di Osaka, Jepun.

    Rekaan ini diinspirasikan daripada konsep Yin & Yang, melambangkan keseimbangan antara kebaikan dan keburukan.

    Sepanjang hampir sedekad dalam industri, pelbagai pengalaman yang saya lalui diterjemahkan dalam setiap helaian tudung.

    Sementara itu, bagi koleksi kedua dikenali sebagai Bawal Mizan, pula dinamakan bersempena namanya sendiri sebagai lambang kekuatan dan kestabilan diri.

    Empat garisan pada rekaan ini membawa maksud perjalanan hidup yang tidak selalu lurus , ada pasang surutnya sebelum akhirnya mencapai keseimbangan. Rekaan ini cukup dekat di hati saya.

    MENARIK:  BCL: Kedua-Dua Lelaki Ini Sentiasa Memastikan Saya Adalah Wanita Paling Bahagia [VIDEO]

    The post [VIDEO] Haliza Maysuri Sasar Jualan RM10 Juta Di Pahang, Sebahagian Keuntungan Disalurkan Kepada Golongan Memerlukan – ‘Pelanggan Bawal Exclusive Kaya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah