32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aina Abdul, Marsha Milan, Amira Othman, Amir Masdi Antara Lolos.. Ini Senarai Penuh 20 Lagu Separuh Akhir AJL40

    Shopee Sale

    Debaran saingan ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 kini semakin terasa apabila 20 lagu terbaik diumumkan mara ke peringkat Separuh Akhir AJL40 sekali gus membuka perebutan sengit menuju pentas akhir.

    Artikel Berkaitan: #AJL39: Hafiz Suip Sudah Siap Vokal & Mental, Bakal Munculkan Seorang Figura Hebat Atas Pentas – ‘Dia Legend, Lama Kami Tak Jumpa’

    Artikel Berkaitan: ‘Sesaat Adalah Penyembuh Kekecewaan Untuk Diri Saya’ – Aina Abdul

    Peringkat akhir

    Antara yang layak ialah Hijab Rindu nyanyian Black Hanifah hasil ciptaan Rudy Nastia, Nyawa Black, Kelana dan Adi Pawana, dengan lirik yang ditulis oleh Adi Pawana serta Rudy Nastia.

    Selain itu, Nurcinta nyanyian Amir Masdi yang juga dihasilkan sepenuhnya bersama Edry Abd Halim, lagu Nostalgia nyanyian Haqiem Rusli ciptaan sendiri dengan bersama Fahmi Zafran.

    Sementara itu, Dayang Nurfaiza hadir dengan lagu Lemah cikptaan dan lirik oleh Hael Husaini, Kerana Ego ciptaan Arnab Santai nyanyian Khai Bahar

    Sementara itu, Dayang Nurfaiza hadir dengan lagu Lemah ciptaan dan lirik oleh Hael Husaini, Kerana Ego ciptaan Arnab Santai nyanyian Khai Bahar.

    Turut tersenarai, Tangisan Seorang Pendosa nyanyian Marsha Milan ciptaannya sendiri dan lirik oleh Hazama, Pernah Aku Punya nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Shila Amzah, kemudian lagu F yang dinyanyikan Floor 88 dengan ciptaan Zai Hamzah dan lirik Achoi Floor 88 dan Hemo.

    Turut mara, lagu Tiwikarma nyanyian K.O.I, hasil ciptaan Zai Hamzah dan Hemo Globin dan lirik Achoi Floor 88, Khaza Raflex dan rakan penulis lain.

    Sementara itu, Ameerais dan Mariam Saim turut mempertaruhkan Puaskah ciptaan dan lirik Iqie Hugh dan Shazriq Azeman, Imran Ajmain dengan lagu Seribu Tahun lagu ciptaan dan lirik Amylea Azizan, Tak Adil hasil lirik dan nyanyian Aisha Retno dengan ciptaan bersama Radi serta Semacam Pandora oleh Hazama, hasil ciptaan sendiri bersama Zimi, Genervie Kam dan Ritz Metalasia dan lirik oleh Zel Hadauan.

    Bakal bersiaran April ini

    Manakala, lagu duet Rasa & Takdir nyanyian Amira Othman dan Irfan Haris ciptaan dan lirik Syafiq Rashid, Cak Cak Cekuk nyanyian Wani Kayrie, ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh serta Hilangmu Tak Terganti oleh Tajul dan Afieq Shazwan, ciptaan dan lirik Haqiem Rusli turut mara ke peringkat separuh akhir.

    MENARIK:  Zara Zya Menasihati Memelihara Batasan – 'Elakkan Terlalu Memberi Peluang Percintaan dengan Niat Hanya Sebagai Kawan'

    Pada tahun ini, Aina Abdul hadir dengan lagu Kamu, hasil ciptaan dan nyanyian sepenuhnya olehnya, Menyala nyanyian Stacy, ciptaan Bunga Cantik dan lirik Bunga Cantik dan Hang Nadim).

    Dalam pada itu, lagu Ke Mana Ni oleh Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik, hasil ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta dan lirik gabungan mereka serta Lumangad Oku Dika nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Ryenald Guntabid.

    Daripada 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40), hanya 20 karya dengan jumlah markah tertinggi dipilih ke peringkat Separuh Akhir selepas melalui penilaian teliti dan profesional oleh barisan juri yang dilantik berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan.

    Dalam masa yang sama, episod Muzik Muzik hari ini turut melengkapkan senarai penuh 30 lagu carta MM40 dengan pengumuman baki 15 lagu terbaik yang tidak berjaya mara, antaranya Gasoline nyanyian Akim & The Majistret, Peluk nyanyian Hael Husaini & Nadeera, P Ramlee Saloma oleh kumpulan ALPHA, Renjana nyanyian Shiha Zikir, Hamba Cinta oleh Syamel dan Kopi oleh Nazu & Fahimi.

    AJL40 SA bakal bersiaran secara langsung dari Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026 (Jumaat & Sabtu), jam 9.00 malam di TV3 serta strim secara eksklusif di Tonton.

    The post Aina Abdul, Marsha Milan, Amira Othman, Amir Masdi Antara Lolos.. Ini Senarai Penuh 20 Lagu Separuh Akhir AJL40 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah