Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menegaskan dirinya kurang selesa dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam proses penciptaan lagu, khususnya menghasilkan melodi.
Artikel Berkaitan: ‘Sesaat Adalah Penyembuh Kekecewaan Untuk Diri Saya’ – Aina Abdul
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Tak Sokong Kenyataan Atilia Harun – ‘Secara Tidak Langsung Mempersoalkan Tugas Juri’
‘Melodi yang jujur’

Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, walaupun teknologi mampu menjadi alat bantu dalam memberi inspirasi, namun tidak seharusnya menggantikan keaslian dan kejujuran sesebuah karya muzik.
Tidak menolak sepenuhnya peranan teknologi, Aina bagaimanapun berpendapat penggunaan AI perlu berpada-pada.
Terus terang, saya kurang selesa dengan penggunaan teknologi dalam penciptaan melodi. Sesiapa yang pernah tulis lagu pasti tahu betapa sukarnya lahirkan satu melodi yang benar-benar jujur.
Teknologi boleh jadi alat bantu beri inspirasi, tapi bukan untuk disalin bulat-bulat. Melodi yang datang daripada ilham Tuhan dan melodi yang dicipta mesin itu tak sama.
Mungkin boleh guna sedikit, 20 peratus contohnya, tapi selebihnya mesti datang daripada hati dan fikiran sendiri.
Tambah pemenang trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) itu, setiap karya seni yang dicipta dengan titik peluh sendiri membawa nilai sentimental dan kepuasan lebih mendalam.
Guna AI hasilkan lagu mungkin berkesan untuk sesetengah orang tapi bukan untuk saya. Saya lebih rela bersusah payah mencari idea sendiri sebab hasil titik peluh itu jauh lebih mahal dan bermakna.
Aina juga berpendapat, ilham seni yang dikurniakan Tuhan tidak lahir dengan mudah dan proses mencipta karya adalah sebahagian daripada keindahan perjalanan seorang pemuzik.
Pada akhirnya, ilham kurniaan Tuhan tak datang dengan mudah. Bila kita bersusah payah, hasilnya akan kekal lama dan evergreen.
Saya kagum dengan kemajuan teknologi tapi untuk digunakan sepenuhnya, rasa seperti curang dengan perjalanan 10 tahun saya sebagai komposer. Kalau semudah itu mencipta lagu, kenapa saya perlu bersusah payah selama ini?
Saya tidak mahu menipu diri sendiri. Saya rela setia dengan kesusahan yang mendewasakan daripada menukar keaslian dengan kesenangan. Harap tiada siapa terasa, tapi itulah pendirian saya.
Undi Aina

Dalam perkembangan lain, Aina tercalon dalam Paling Viral Online menerusi kategori Selebriti Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral iaitu Ainations.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.
The post Aina Abdul Enggan Guna ‘AI’ Dalam Penghasilan Lagu – ‘Melodi Datang Daripada Ilham Tuhan Tak Sama Dengan Teknologi’ first appeared on OHBULAN!.





