25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aidid Marcello Terubat Rindu Dapat Jumpa Nazarudin Rahman – ‘Aku Jerit Nama Dia Terus Peluk’

    Shopee Sale



    Aidid Marcello

    Selepas beberapa tahun tidak bertemu, pengacara Aidid Marcello meluahkan rasa gembira dan terubat perasaan rindu terhadap rakannya yang juga pengacara Nazarudin Rahman.

    Terubat rindu

    Aidid Marcello

    Aidid berkata dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Nazarudin secara kebetulan ketika sedang menunggu di dalam kereta di sebuah parkir.

    Kongsi Aidid, dia terus memeluk erat Nazarudin kerana amat merindui.

    Lama aku tak jumpa mamat (Nazarudin Rahman) dan minah (isteri Nazarudin). Rindu gila dekat mereka berdua.

    Asbab anak aku cari baju untuk ambil keputusan dan asbab anak lelaki aku mandi lambat. Asbab aku selit parking dan asbab itu juga mereka ngam-ngam jalan masuk kereta dan aku jerit ‘Naz’.

    Terus aku peluk dia macam jumpa awek yang bercinta jarang jauh yang 10 tahun dah tak jumpa. Terubat rindu aku dekat ‘abang Naz’ kelab disney aku ini.

    Aidid berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di TikTok miliknya.

    MENARIK:  ‘Harapan Saya Memang Nak Kembali Bersama Tapi Kalau Bertepuk Sebelah Tangan Tak Guna’ – Datuk Red

    Pada hantaran sama, Aidid memberitahu banyak hal dan kenangan manis yang mereka lalui bersama suatu ketika dahulu.

    Banyak jalan aku tempuh dengan dia, banyak sangat. Aku hargai dapat kenalan sahabat macam dia dari dulu. Masa dekat bawah sampai sekarang sudah di atas (berjaya), masih humble.

    Okay sahabat, teruskan mengayuh mencari rezeki bersama isteri tercinta. Kita orang satu keluarga rindu korang berdua. Take care my brother.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah