Isteri kepada pelawak dan pelakon, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menafikan dakwaan dirinya berlaku curang.
Artikel Berkaitan: Along Cham Dakwa Afreena Suhaimi Berbohong, Tak Mengaku Pernah Rujuk
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Along Cham Hadir Ke Mahkamah Bersama Ibu, Bakal Dedah Bukti Kepada Hakim – ‘Semoga Semua Settle’
Nafi curang

Menganggap tuduhan itu tidak berasas, Afreena berkata, dia hanya mengetahui tentang dakwaan itu selepas Along mendedahkannya sejurus prosiding kedua pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Selasa.
Saya tak tahu macam mana isu curang itu boleh timbul. Saya menafikan sebab saya tak pernah curang dengan dia. Itu semua hanyalah tuduhan.
Tambah Afreena, dia juga kurang jelas dengan definisi curang yang dikatakan Along.
Dia bercakap dengan jelas di hadapan hakim menyatakan definisi curang adalah menipu, tapi bagi saya curang itu bermaksud ada menjalinkan hubungan sulit .
Saya sendiri tidak tahu curang yang bagaimana dia maksudkan. Saya terlalu sibuk. Saya ada kerja dan karier yang ingin dikejar. Saya tak ada masa nak buat benda-benda macam itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak, Afreena hanya mampu beristighfar.
Saya rasa perkara ini tidak ada kena mengena dengan kes kami. Orang yang kenal saya tahu yang saya memang jaga anak-anak. Emak mana yang nak buang anak.
Terdahulu, Afreena mendedahkan rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah sejak dua bulan berkahwin.
Sebelum ini, Afreena mendakwa pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Julai tahun lalu.
Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu. Ini juga juga perkahwinan kedua Along selepas bercerai dengan bekas isteri, Zila Saeron pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup, Along dikurniakan anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah jagaannya.
The post Afreena Nafi Curang, Tiada Masa Nak Jalin Hubungan Sulit first appeared on OHBULAN!.





