28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Program hiburan perlu hormati nilai dan sensitiviti agama – Zahid

    Shopee Sale

    Penganjuran sebarang program termasuk yang berbentuk hiburan, perlu mengambil kira nilai, adab, sensitiviti agama dan norma masyarakat tempatan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata pandangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung perkara itu perlu diambil serius serta wajar dihormati kerana mencerminkan kegusaran sebahagian besar rakyat Malaysia.

    "Sebab itu, kami telah meminta supaya program seumpama ini diteliti semula dari segi konsep, kandungan dan pelaksanaannya," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

    Timbalan Perdana Menteri itu berkata garis panduan juga perlu diperkemas dan diperketat supaya setiap penganjuran selari dengan nilai budaya, agama serta identiti negara.

    "Prinsip kita jelas: berhibur tidak salah, tetapi mesti ada batas. Kemajuan boleh diteruskan, tetapi nilai tidak boleh tergugat.

    MENARIK:  BNM: Ini kali kedua Google siar tukaran ringgit yang salah tahun ini

    "Penganjur wajar berbincang dengan pihak berkuasa agar keharmonian masyarakat terus terpelihara. Ini pendirian UMNO," katanya.

    Semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membantah penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang berlangsung di Bukit Bintang bermula semalam hingga esok kerana dikhuatiri membawa kemudaratan akhlak dan keruntuhan nilai masyarakat.

    Pengarah JAWI Hanifuddin Roslan berkata pihaknya berharap penganjur menilai semula konsep pelaksanaan program itu dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini.

    Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Bayan Linnas Siri Ke-351 pula berpandangan penganjuran festival itu perlu dinilai secara menyeluruh dari sudut syarak, akhlak dan kemaslahatan masyarakat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah