33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Pandang Ringan Anak Lambat Bercakap, Mungkin Petanda Speech Delay

    Shopee Sale

    Bagi setiap ibu bapa, detik anak pertama kali memanggil ‘ibu’ atau ‘ayah’ amat dinantikan.

    Artikel Berkaitan: Azmi Saat Dedah Anak Alami ‘Speech Delay’, Mula Jalani Intervensi Awal – ‘Dia Baru Nak Meniru Pergerakan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Berang Anak Dituduh ‘Speech Delay’ – ‘Aku Penat Lah Macam Ni’

    Apa itu speech delay?

    Namun, bagi sesetengah keluarga kegembiraan itu bertukar menjadi kebimbangan apabila anak mereka masih belum bertutur walaupun usianya semakin meningkat.

    Untuk pengetahuan, kelewatan bertutur atau lebih dikenali sebagai speech delay ialah keadaan apabila kanak-kanak lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan mereka.

    Dalam konteks ini bermaksud mereka belum dapat menyebut perkataan atau menghasilkan bunyi mengikut tahap perkembangan yang sepatutnya bagi usia mereka.

    Memetik Hello Doktor, kegelisahan para ibu bapa harus bermula jika anak berusia 12 bulan masih belum mampu melakukan gerak badan asas seperti melambai ‘bye-bye’ atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek.

    Pada fasa ini, kegagalan menggunakan bunyi konsonan atau menyuarakan keperluan mereka juga adalah petanda awal yang perlu diperhatikan.

    Apabila memasuki usia 15 hingga 18 bulan, anak-anak akan berisiko menghidapi speech delay sekiranya masih tidak mampu menyebut panggilan mudah seperti ‘mama’ atau ‘dada’.

    MENARIK:  Redza Rosli Kongsi Detik Melamar Bella Hanna – ‘Saya Terus Ajak Dia Pergi Beli Cincin’

    Anak-anak juga mempunyai kosa kata yang sangat terhad (kurang daripada 15 perkataan menjelang usia 18 bulan) dan gagal mengenal pasti bahagian badan sendiri atau sukar meniru bunyi dan aksi orang di sekeliling.

    Apabila kanak-kanak melangkah ke alam prasekolah iaitu antara usia 2 hingga 4 tahun, tanda-tanda kelewatan akan kelihatan lebih ketara melalui cara mereka berkomunikasi.

    Punca

    Punca berlakunya speech delay adalah disebabkan daripada masalah fizikal seperti sumbing atau gangguan pendengaran.

    Dalam pada itu, masalah saraf pada bahagian mulut juga menjejaskan keupayaan anak bercakap. Faktor neurologi seperti autisme dan cerebral palsy turut menjadi punca utama.

    Malah, ketagihan gajet dan kurang interaksi dengan orang dewasa membantutkan perkembangan bahasa.

    Kelewatan bertutur yang tidak dirawat akan menjejaskan pembelajaran anak selain cenderung mengalami masalah emosi dan tingkah laku.

    Justeru, ibu bapa yang mengesan tanda-tanda masalah ini pada anak perlu segera mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.

    Sumber: Hello Doktor

    The post Jangan Pandang Ringan Anak Lambat Bercakap, Mungkin Petanda Speech Delay first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah