28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adira Suhaimi Lali ‘Dikenen’ Dengan Hafiz Suip – ‘Itulah Kehidupan Asam Garam Artis’

    Shopee Sale

    Penyanyi Adira Suhaimi tidak terganggu dengan komen-komen netizen yang cuba ‘kenenkan’ dirinya semula dengan penyanyi, Hafiz Suip.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Sambut Hari Jadi Pembantu Rumah Di Hotel Mewah, Beri Hadiah Cincin Emas

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Jual Minyak Wangi Ikut Bau Pilihan Ramai, ‘Syurga Wanita’ Capai 100,000 Pelanggan Aktif Dalam Sebulan

    Asam garam artis

    Menurut Adira, dia sudah lali dengan asam garam kehidupan sebagai seorang selebriti.

    Justeru, pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi ini sudah terbiasa berdepan dengan gosip-gosip ‘manja’ seperti itu.

    Saya okey saya, itulah dia kehidupan asam garam artis. Saya dah biasa sangat, boleh handle sangat situasi sebegitu.

    Selagi netizen suka, tak ada benda salah. Saya okey saja.

    Adira ditemui pada Majlis Pelancaran dan Hi Tea Syurga Wanita di The Ritz- Carlton, Kuala Lumpur, pada Selasa.

    Persiapan konsert

    Dalam pada itu, ditanya mengenai persiapan konsert bersama Hafiz, ibu kepada empat anak berkata, 50 peratus persiapan telah pun disiapkan dan mereka juga telah berbincang mengenai lagu yang bakal dinyanyikan bersama.

    Setakat ini dalam 50 peratus persiapan, selebihnya kena datang tengok sendiri. Ada lagi artis jemputan lain selain saya. Ada beberapa lagu saya akan nyanyikan bersama Hafiz.

    Pertama sekali apabila pengurusan Hafiz approach, saya tak fikir panjang. Hafiz pun nak comeback, saya gembira dapat bantu dia. Dah lama tak nyanyi bersama-samanya.

    Untuk info, konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip akan berlangsung pada 1 November di Mega Star Arena Kuala Lumpur.

    MENARIK:  [VIDEO] Watie Hanifiah Ungkap Anak Sulung Shuib Kesukaran Menerima Hubungan - 'Uwais Sangat Takut..'

    Adira dan Hafiz pernah merakamkan duet bersama-sama menerusi lagu Takdir Tercipta, Untuk Cinta, Lelakimu Yang Dulu dan Ombak Rindu.

    The post Adira Suhaimi Lali ‘Dikenen’ Dengan Hafiz Suip – ‘Itulah Kehidupan Asam Garam Artis’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah