32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abby Abadi Nafi Aslam Datang Minta Maaf – ‘Cuba Terangkan Masa & Keadaan Bila?’

    Shopee Sale



    Abby Abadi

    Pelakon, Abby Abadi menafikan kenyataan menantunya, Ahmad Aslam yang mengatakan ada membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya.

    Bila minta maaf?

    Abby Abadi

    Tegas Abby, sekiranya permohonan itu pernah berlaku, dia meminta Aslam untuk mengemukan bukti.

    Bila minta maafnya tu Aslam? Cuba terangkan masa dan keadaan bila masa minta maaf itu? Macam mana minta maafnya? Ada tak apa-apa yang keluar dari mulut saya pada waktu itu?

    Abby berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di platform Threads miliknya.

    Dalam pada itu, Abby turut mempersoalkan kekerapan Aslam datang berjumpa dengannya sejak berkahwin dengan anaknya, Marissa Dania.

    Berapa lama dah kahwin dengan nak saya? Berapa kali datang jumpa saya? Ada pernah bersembang dengan saya tak? Mengaku salah dekat thread, tapi bagaimana kesalahannya?

    Minta cerita semua dekat sini (threads) sebab semua orang nak tahu. Lepas itu, nak tanya, orang maki hamun anak saya, kenapa tak pernah pertahankan?

    Terdahulu, Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby berhubung polemik yang melanda keluarga mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Roslan Shah & Sajat Buat Aktiviti Paranormal, Netizen Mengekek ‘Part’ Tukar Pampers – ‘Merepek Lah Hidup Kita’

    Dakwa Aslam, dia juga ada membuat permohonaan maaf secara peribadi kepada Abby.

    Perang media sosial antara Abby dan Aslam tercetus apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

    Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

    Untuk rekod,  Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Manakala,  Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

    Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah