29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Abang Bas’ Buat Konten ‘Crush’ Budak Sekolah Ditahan Polis, Akaun TikTok Dengan 600,000 Pengikut Kena ‘Banned’

    Shopee Sale



    pemandu bas lelaki

    Seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah, sudah ditahan polis pada pagi Jumaat.

    Ditahan polis, TikTok banned

    pemandu bas lelaki

    Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Simpang Renggam, Johor kira-kira pukul 3 pagi.

    Malah, polis turut merampas telefon bimbit milik lelaki tersebut yang dipercayai digunakan untuk membuat konten dan memuat naik video di TikTok miliknya.

    Semalam, polis kontinjen Johor mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam sebuah bas dipandu seorang lelaki.

    Suspek memuatnaik rakaman video ke akaun media sosial TikTok Abang Bas dengan hantaran berkenaan masih wujud dan boleh diakses.

    Siasatan terperinci sedang dijalankan dan polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video itu supaya tampil bagi membantu siasatan

    Sementara itu, menerusi tinjauan mendapati, akaun TikTok individu tersebut sudah di sekat atau ‘banned’.

    MENARIK:  [VIDEO] Watie Pernah Berpesan Pada Talita Kena Tunjuk Minat Kalau Nak Jadi Penyanyi – ‘Sekarang, Dekat Semua Tempat Dia Ajak Menyanyi’

    Sehingga artikel ini ditulis, akaun TikTok yang menggunakan nama @mohdnrhadhim memiliki 653,300 pengikut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah