32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abai & Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun, Rayuan Akhir Ditolak

    Shopee Sale

    Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya berhubung dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella, empat tahun lalu.

    Kekal dipenjara 12 tahun

    Foto: Kosmo Online

    Memetik laporaan Kosmo Online, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah, yang turut dianggotai Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz.

    Hakim Azman menjelaskan bahawa panel mahkamah berpendapat tiada sebarang kesilapan dari segi fakta mahupun undang-undang yang dilakukan oleh hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan penilaian terperinci yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen.

    Setelah meneliti keseluruhan keterangannya yang diberikan pihak pendakwaan dan pembelaan, kami mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya atas kedua-dua pertuduhan melampaui keraguan munasabah dan perayu telah gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

    Dengan ini sabitan bagi kedua-dua pertuduhan adalah selamat untuk dikekalkan , rayuan atas sabitan adalah ditolak.

    Rayuan akhir itu difailkan pada 2 Mei 2024 bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun yang sebelum ini dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi.

    MENARIK:  [VIDEO] Tiara ‘Request’ Nak Jadi Macam Talita, Achey Terkedu Dengar – ‘Jem Sekejap’

    Pada 2 Mei 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun Ahd. Razali atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella, di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.

    Bagi pertuduhan pertama, dia dihukum penjara 10 tahun, manakala pertuduhan kedua 12 tahun, namun kedua-duanya berjalan serentak bermula tarikh sabitan. Siti Bainun turut diarahkan menjalani 200 jam khidmat masyarakat selepas tamat hukuman penjara.

    Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

    Sumber: Kosmo Online

    The post Abai & Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun, Rayuan Akhir Ditolak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah