Penyanyi, Wani Kayrie mengakui terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai wanita misteri yang bakal mendirikan rumah tangga bersama rakan seperjuangannya, Afieq Shazwan.
Artikel Berkaitan: ‘Selawat & Buat Yang Terbaik, Semua Tertunggu’ – Pesanan Afieq Shazwan Kepada Wani Kayrie
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afieq Shazwan Terima Pujian Perdana Menteri Bangladesh, Sebutan Bahasa Bengali Raih Perhatian
Terkejut

Ketika ditemui , Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, berkata dia memilih untuk tidak mengulas lanjut memandangkan tidak pernah dimaklumkan secara peribadi oleh Afieq mengenai perkara tersebut.
Saya sendiri tidak tahu Afieq mengeluarkan kenyataan begitu tapi saya pasti dia pun tidak menyebut nama sesiapa.
Bila orang kaitkan nama saya, saya pun terkejut juga tertanya-tanya kenapa nama saya disebut.
Saya tiada komen mengenai perkara ini dan saya pun tidak diberitahu oleh Afieq sendiri.
Mengulas lanjut, Wani berkata namanya sering dikaitkan dengan penyanyi berusia 29 tahun itu berkemungkinan kerana mereka sering menjalinkan kerjasama bersama.
Pun begitu, Wani mengakui tidak kisah apabila peminat mengaitkan dirinya dengan Afieq memandangkan mereka sememangnya rapat.
Kalau nak kata kenal hati budi, saya dengan dia sudah lama kenal. Kami kawan rapat dan tiada ke arah (kahwin) itu.
Mungkin orang meletakkan ke arah itu kerana mereka mengikuti kami sejak kecil.
Ketika ditanya mengenai status hubungannya ketika ini, sama ada sudah mempunyai teman istimewa atau sebaliknya, pelantun lagu Cak Cak Cekuk itu menegaskan soal cinta bukanlah keutamaannya buat masa ini.
Saya boleh katakan yang saya masih single tetapi ‘not available’.
Saya masih tidak berminat dengan hubungan yang serius sebab saya banyak tanggungjawab dan komitmen bersama dengan keluarga.
Macam orang tahu, ibu saya pun kurang sihat jadi banyak benda yang saya perlu utamakan sekarang berbanding dengan hubungan cinta.
Terdahulu, Afieq menerusi satu hantaran mendedahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2028, yang disifatkannya sebagai tarikh cantik, bersama seorang wanita yang identitinya masih dirahsiakan.
Perkongsian itu sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat apabila rata-rata mereka mula mengaitkan nama Wani dengan wanita misteri yang dimaksudkan Afieq.
The post [VIDEO] Wani Kayrie Terkejut Dikaitkan Bakal Kahwini Afieq Shazwan – ‘Tiada Komen’ first appeared on OHBULAN!.





