Aktres Sophia Albarakbah, lebih senang dikenali dengan bakatnya di dalam sesebuah naskhah yang dilakonkan berbanding kisah peribadi.
Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Syukur Keluarga Tak ‘Menekan-Nekan’ Tanya Fasal Jodoh – ‘Mereka Hormat’
Bakat vs kontroversi

Ketika ditemui Sophia atau nama lengkapnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, meluahkan rasa lega apabila ramai yang sudah mula melihat mutu lakonannya.
Menurut Sophia, dia mengakui lebih selesa apabila namanya terhindar daripada sebarang kontroversi.
Saya lebih suka orang mengenali saya melalui watak dalam drama mahupun filem yang saya bawakan. Satu kepuasan kalau orang bercakap fasal karakter yang kita galas.
Biarlah dikata nama suram atau sebagainya semata-mata tiada cerita panas, janji memang kita aktif bekerja selain sengaja elak benda (gosip) tak perlu.
Saya tidak gemar apabila orang kenal saya melalui hal yang kurang elok dan tidak betul. Jadi saya lebih selesa begini.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 X Cuckootopia di Ballroom, Hyatt Regency Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa tersebut mengambil masa selama sebulan untuk berehat daripada kesibukkan di set penggambaran.
Selain itu, Sophia juga memaklumkan sedang berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan dan mula membahagikan waktunya untuk menceburi bidang tersebut.
Apabila kita sibuk menjalani penggambaran, memang jarang ada masa terluang untuk keluarga. Jadi, saya nak berehat sambil luangkan masa bersama mereka dan pasang strategi bisnes.
Saya perlu pandai membahagikan masa bagi memastikan kerjaya lakonan serta minat dalam bidang perniagaan dapat bergerak seiring.
Bagus juga kalau kita ada lebih daripada satu sumber pendapatan. Saya minat berlakon dan berniaga, tidak salah mengejar kedua-duanya. Insya-Allah, tahun depan bisnes dilancarkan.
The post Sophia Albarakbah Lebih Selesa Tanpa Gosip – ‘Biarlah Dikata Nama Suram..’ first appeared on OHBULAN!.





