25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahid – Tanah Kesedar akan diagihkan kepada peneroka secara berfasa

    Shopee Sale

    Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa hanya kerajaan negeri Kelantan boleh menyelesaikan isu tanah peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

    Sebaliknya kata Ahmad Zahid, tanah yang dibangunkan dalam kawasan rancangan Kesedar telah diberikan hak milik kepada badan itu.

    "Kita hormat kerajaan negeri dalam soal memberi hak milik tanah, tapi tanah ini milik Kesedar kerajaan negeri telah beri hak milik, tanah tu hak milik Kesedar.

    "Jangan risau kerana hak milik itu telah diberikan kepada Kesedar, jangan risau Kesedar akan berikan kepada peneroka secara berfasa.

    "Saya nak beritahu bahawa tanah yang menjadi milik Kesedar di mana premiumnya telah dibayar dan geran besar telah diperolehi maka pengagihan bagi tanah-tanah yang akan menjadi hak milik kepada peneroka dan peserta  Kesedar akan dilakukan oleh pihak pentadbiran Kesedar.

    "Berdasarkan kepada geran besar yang dibayar premiumnya oleh Kesedar dan pemecahan lot akan dilakukan pihak Kesedar kepada peserta dan peneroka," katanya kepada media selepas program Temu Mat di Renok Baru, Gua Musang, hari ini.

    Katanya, tanah ladang seluas 76 hektar dan 54 hektar bagi tujuan pembinaan kediaman telah menjadi hak milik Kesedar dan akan diagihkan kepada peneroka.

    MENARIK:  MP PKR gesa semak semula polisi PTPTN untuk pelajar IPTS

    Tambahnya lagi, kira-kira 7,000 hektar tanah Kesedar telah memiliki geran dan akan agih diberikan kepada 2,200 peserta.

    Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Kerajaan negeri Kelantan akan meluluskan pemberian geran tanah kepada peneroka sekiranya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menyelesaikan bayaran premium tanah.

    Menteri Besar Kelantan, Nassuruddin Daud, berkata hanya kerajaan negeri boleh menyelesaikan isu pemberi geran kepada peneroka Kesedar

    "Sebenarnya kerajaan (negeri) nak bagi geran tapi Kesedar dia kena bayar premium. Kalau dia kata boleh bagi geran tak betul, hanya kerajaan (negeri) boleh bagi geran.

    "Hak dia bagi tu surat (geran sementara) tak laku, gadai bank tak laku, geran warna hijau (hak laku), geran warna biru tak laku," katanya ketika ditemui di Pasir Tumboh, Gua Musang, petang semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah