29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahid arah BN Perak mulakan kempen di Ayer Kuning

    Shopee Sale

    Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan BN Perak supaya segera memulakan aktiviti dan program di Ayer Kuning.

    Ini selepas Adun Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia akibat serangan jantung semalam, yang membuka jalan untuk plihan raya kecil (PRK) diadakan di kawasan itu.

    “Pagi ini, saya menerima panggilan daripada timbalan perdana menteri, yang juga presiden Umno (Zahid),” kata Menteri Besar Saarani Mohamad, yang juga pengerusi BN Perak.

    “Kami membincangkan perkara itu dan memutuskan bahawa kami tidak akan menunggu pengumuman SPR (untuk tarikh PRK).

    “Sebaliknya, kita akan segera memulakan program dan aktiviti yang tertumpu kepada memenangi PRK,” katanya seperti dipetik New Straits Times.

    Saarani bercakap kepada pemberita di luar Masjid An-Nur, tempat solat jenazah Allahyarham Ishsam diadakan.

    Speaker DUN Perak Zahir Abdul Khalid berkata SPR akan dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi Ayer Kuning seawal Selasa.

    MENARIK:  Bot bawa hampir 100 Pati karam, mayat wanita ditemui

    PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis rasmi kekosongan.

    PRK terakhir di Perak ialah bagi kerusi DUN Slim pada 29 Ogos 2020.

    Ishsam, 59, meninggal dunia selepas rebah susulan perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di Georgetown, Pulau Pinang semalam.

    Jenazahnya dibawa pulang ke kediamannya sekitar jam 12.30 pagi selepas bezah siasat di Hospital Pulau Pinang.

    Jenazahnya kemudian dibawa ke Masjid An-Nur untuk dimandikan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Rapat Setia.

    Isham, bekas pemain bola sepak negeri Perak, membuat penampilan sulung politiknya pada pilihan raya umum 2022.

    Calon Umno itu menewaskan empat yang lain untuk memenangi kerusi DUN itu dengan 2,213 undi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah