31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fazley Yaakob Perjelas Ciapan Di Threads Mengenai Wanita Mekap Tebal – ‘Di Belakang Tabir DSV Tidak Terlalu Bersolek’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menjelaskan berhubung ciapannya sebelum ini yang menyentuh mengenai wanita bermekap tebal di aplikasi Threads.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazley Yaakob Tepis Dakwaan Dekati DSV Kerana Harta – ‘Kalau Orang Tengok Latar Belakang Keluarga Saya…’

    Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Mohon Maaf Isu Konten Bersama DSV – ‘Sebagai Bakal Imam, Saya Akan Usaha Mencerminkan Contoh Yang Baik’

    Ciapan di Threads mengenai wanita ‘makeup’ tebal

    Ketika ditemui , Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fadzli Yaakob, 48, menjelaskan bahawa ciapan tersebut dibuat tanpa niat untuk mencari atau membuka ruang mengenali mana-mana wanita.

    Tambah Fazley, ciapan tersebut ditujukan kepada golongan wanita muda yang gemar mengenakan solekan tebal.

    Saya tulis ketika itu memang tiada niat untuk berkenalan dengan mana-mana individu.

    Saya tulis tentang anak-anak muda yang mekap tebal tapi ramai yang tampil memberi respon pada ruangan komen terhadap hantaran itu.

    Fazley berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Pelancaran Digital Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Kira Busker Atau Profesional, Jaja Ishak Cari 12 Penyanyi Berbakat

    Mengulas lanjut, Fazley turut berkongsi mengenai sisi usahawan Datuk Seri Vida (DSV) yang memilih untuk tampil dengan solekan minimum ketika bersiaran langsung.

    Susulan itu, Fazley semakin yakin dengan pilihan dan keputusannya untuk menjadikan DSV sebagai insan istimewa dalam hidupnya.

    Apa yang anda lihat adalah DSV bermekap tebal tapi apa yang saya lihat belakang tabir lain. DSV yang tidak terlalu bersolek.

    Tapi bagi DSV perkara itu sebagai persona dia. Saya okey saja.

    Bila kami bersiaran langsung, mekap DSV sangat minimum. Itu yang membuatkan saya yakin dia adalah pilihan yang terbaik.

    Imbas kembali, Fazley sebelum ini menjadi perhatian apabila ciapannya yang dimuat naik pada 31 Januari lalu kembali tular.

    Menerusi ciapan tersebut, dia menitipkan pesanan agar orang ramai tidak menormalisasikan perasaan jatuh cinta terhadap wanita yang mengenakan solekan tebal serta melukis kening.

    The post [VIDEO] Fazley Yaakob Perjelas Ciapan Di Threads Mengenai Wanita Mekap Tebal – ‘Di Belakang Tabir DSV Tidak Terlalu Bersolek’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah