31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PMO bagi tahu Mahathir ke luar negara – urus setia

    Shopee Sale

    Kemunculan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di kalangan pengunjung pada perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya semalam menimbulkan persoalan mengapa dia tidak berada di tempat duduk tetamu kehormat dan orang kenamaan (VIP).

    Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah, yang juga ketua jawatankuasa urus setia sambutan itu tampil menjelaskan perkara berkenaan.

    "Terdapat tatacara pengurusan jemputan yang berkuat kuasa bagi Sambutan Hari Kebangsaan.

    "Berdasarkan amalan sejak tahun 2018, jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada mantan Perdana Menteri.

    "Bagaimanapun, kehadiran mana-mana bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diuruskan melalui permohonan pihak berkenaan, selaras dengan tatacara serta pengurusan jemputan rasmi yang ditetapkan," katanya pada satu kenyataan semalam.

    MENARIK:  Mat Sabu: Ahli Amanah henti lobi DUN Mahkota melalui media

    Abdul Halim berkata pada masa sama, pihak urus setia turut menerima makluman daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang memberitahu bahawa Dr Mahathir akan ke luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026.

    "Ia berdasarkan permohonan Kemudahan Berehat ke Luar Negara yang telah diterima dan diluluskan oleh Perdana Menteri, selaras dengan ketentuan Saraan Bekas Perdana Menteri di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].

    "Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 merakamkan penghargaan atas perhatian dan pemahaman semua pihak," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah