31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MTUC ancam piket seluruh negara bantah caruman baru Perkeso

    Shopee Sale

    Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan piket di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di seluruh negara bagi membantah pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK), yang turut dikenali sebagai Lindung 24 Jam, serta caruman tambahan yang dikenakan terhadap pekerja.

    Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor berkata piket itu bertujuan mendesak Perkeso melibatkan wakil pekerja dalam perbincangan dan menghentikan kutipan caruman tambahan.

    "MTUC mengecam Perkeso yang mengenakan caruman tambahan kepada pekerja sebanyak 0.75 peratus daripada gaji.

    "Ini bermakna RM12.75 bagi pekerja yang bergaji minima RM1700,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Menurutnya, penambahan caruman itu "satu bentuk penindasan yang 'dipaksa rela' ke atas pekerja."

    “MTUC akan mengadakan piket di seluruh pejabat Perkeso bagi mendesak Perkeso mengadakan perbincangan dan tidak mengutip duit tambahan daripada pekerja.

    "MTUC mahu perbincangan di adakan segera bagi membincangkan kadar caruman pekerja dan kadar caruman majikan,” katanya lagi.

    Tiada tarikh dinyatakan bagi piket atau perbincangan berkenaan.

    Gambar fail, Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor turun menyokong hak pekerja yang diberhentikan.

    Di bawah SKBBK, pekerja mencarum 0.75 peratus daripada gaji mereka sepanjang dua tahun pertama pelaksanaannya, dengan caruman itu ditanggung sepenuhnya oleh pekerja.

    Kadar itu dijadualkan meningkat kepada satu peratus bagi tiga tahun berikutnya dan 1.25 peratus mulai tahun keenam.

    Skim yang berkuat kuasa pada 1 Jun itu menyediakan perlindungan Perkeso selama 24 jam bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja dan tidak berkaitan dengan pekerjaan.

    Skim itu pada mulanya diperkenalkan secara wajib, tetapi kabinet mengubah dasar berkenaan pada 8 Julai susulan maklum balas orang ramai, dengan penyertaan dijadikan sukarela bagi pekerja tempatan manakala perlindungan bagi pekerja asing kekal diwajibkan.

    Kamarul berkata kadar 0.75 peratus bersamaan RM12.75 sebulan bagi pekerja yang menerima gaji minimum RM1,700.

    MENARIK:  Walau tiada RCI tapi Loke janji DAP akan terus pantau kes 'mafia korporat'

    “Kenapa Perkeso terlalu menekan menindas tanpa mengadakan perbincangan dengan pertubuhan pekerja,” dakwanya lagi.

    Gaji CEO Perkeso lukakan hati pekerja

    Dia menyifatkan bayaran tambahan itu sebagai beban tidak adil terhadap pekerja yang sudah bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, selain mempersoalkan keputusan kerajaan menjadikan skim itu sukarela selepas pada awalnya mewajibkannya.

    Kamarul turut mendakwa usaha MTUC sebelum ini untuk membincangkan skim itu dengan pihak berkuasa tidak diendahkan.

    “Beberapa surat telah di hantar ke Kesuma (Kementerian Sumber Manusia) bagi membincangkan skim ini tetapi malangnya Perkeso tidak peduli.

    "Majlis Am (MTUC) telah memutuskan piket di buat untuk membantah cara SKBBK di laksanakan,” katanya.

    Dia turut mengkritik rancangan untuk menaikkan kadar caruman melebihi 0.75 peratus pada masa akan datang dan mempersoalkan perbelanjaan pengurusan Perkeso, termasuk jumlah imbuhan yang dilaporkan diterima ketua pegawai eksekutifnya.

    “Persoalan gaji CEO Perkeso dalam perbahasan di parlimen yang bertanyakan jumlah gajinya yang mencecah RM90,000 hingga RM120,000 amat meresahkan pekerja.

    Mohammed Azman Aziz menyandang jawatan ketua eksekutif (CEO) Perkeso sejak 5 April 2015.

    “Jurang gaji yang amat luas amat melukakan hati pekerja yang terpaksa mencarum tambahan kepada SKBBK," katanya lagi.

    Pada 24 Februari tahun lalu, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer meminta menteri sumber manusia ketika itu, Steven Sim, mengesahkan dakwaan bahawa CEO Perkeso, HRD Corp dan TalentCorp menerima gaji antara RM90,000 hingga RM120,000 sebulan.

    Sim menjawab aturan imbuhan itu telah ditetapkan sebelum dia memegang jawatan dan berkata dia akan memberikan pecahan terperinci kepada Rayer supaya perkara itu dapat dinilai berdasarkan maklumat tepat, bukan khabar angin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah