31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Grab Bawa Semangat #SisBoleh Dan Komuniti Inklusif Ke Perarakan Merdeka 2026

    Shopee Sale

    Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini turut diserikan dengan kehadiran rakyat Malaysia daripada pelbagai latar yang bersama-sama meraikan semangat negara.

    Antara yang mencuri tumpuan ialah kontingen Grab yang majoritinya terdiri daripada wanita di bawah kempen #SisBoleh, bersama rakan-pemandu dan rakan-penghantar, komuniti OKU (PWD), pemimpin Grab serta wakil daripada GXBank dan Jaya Grocer.

    Lebih daripada sekadar memeriahkan acara, kehadiran mereka membawa mesej tentang keyakinan wanita, keterangkuman serta usaha ke arah mobiliti yang lebih selamat dan mampan.

    Wanita jadi wajah utama perarakan

    Perarakan Merdeka

    Mengangkat martabat wanita dalam pelbagai cabang kehidupan, perarakan Grab menerusi #SisBoleh membuktikan keyakinan dan peluang wanita tiada batasnya. Tak kisahlah sama ada bertugas di jalan raya menerusi perkhidmatan pemanduan dan penghantaran, mahupun menerajui bilik mesyuarat dalam bidang kepimpinan, teknologi dan pembangunan komuniti.

    Perarakan Merdeka kali ini turut disertai oleh Naomi Say, Ketua Keselamatan Platform Serantau Grab, bersama barisan pemimpin wanita daripada Grab, GXBank, dan Jaya Grocer.

    Kehadiran mereka membuktikan bahawa sumbangan wanita dalam sesebuah ekosistem tidak terhad kepada satu bidang sahaja, malah setiap individu berupaya mencorakkan perubahan menerusi kepakaran masing-masing. 

    Mesej ini selari dengan perjalanan #SisBoleh sejak 2019 yang terus konsisten menyokong keyakinan, keselamatan, peluang serta pembangunan wanita.

    Komuniti inklusif turut diraikan

    Walau bagaimanapun, semangat untuk bergerak ke hadapan tidak boleh dipikul oleh satu golongan sahaja. Sebab itu, penyertaan Grab kali ini turut mengetengahkan komuniti yang lebih luas termasuk komuniti inklusif yang melibatkan golongan terpinggir, orang kurang upaya OKU (PWD) dan warga emas.

    MENARIK:  7-Eleven Mengumumkan Pelancaran Sandwich Baru Dengan Roti Putih Empuk & Bahan Segar Tempatan!

    Kepelbagaian ini memperlihatkan bagaimana setiap individu mempunyai sumbangan tersendiri kepada masyarakat, sama ada mereka berada di jalan raya, menghantar pesanan, memastikan aspek keselamatan diberi perhatian ataupun menerajui sesebuah organisasi.

    Pendek kata, perjalanan Malaysia ke hadapan membuka ruang untuk semua orang memainkan peranan masing-masing sebaiknya.

    Bagi Grab, pendekatan ini selari dengan usahanya untuk menyokong peluang ekonomi yang fleksibel, keselamatan serta komuniti yang lebih inklusif.

    Bawa teknologi ke perarakan

    Perarakan Merdeka

    Selain itu, Kemeriahan kontingen Grab kali ini turut diserikan dengan kemunculan barisan kereta dan motosikal elektrik yang dibawakan khas bagi menghiasi perarakan.

    Kehadiran kenderaan elektrik ini jelas menunjukkan komitmen Grab untuk bergerak ke arah masa depan yang lebih mampan, di samping membuktikan bagaimana teknologi kini menjadi pemangkin mobiliti harian.

    Gabungan elemen ini mencerminkan sebuah Malaysia yang bukan sahaja pesat berkembang, malah memberi keutamaan kepada aspek kelestarian, keselamatan dan inovasi.

    Sebagai jenama yang lahir di Malaysia, Grab menganggap penyertaan dalam Perarakan Merdeka ini adalah peluang keemasan untuk meraikan rakyat yang telah bersama-sama memajukan negara.

    Perarakan Merdeka

    Apa yang pasti, penyertaan Grab dalam Perarakan Merdeka tahun ini bukan sekadar sebuah persembahan visual, tetapi cerminan kepada wajah Malaysia yang inklusif, berdaya saing dan progresif.

    Menerusi semangat #SisBoleh dan komitmen terhadap kelestarian serta keterangkuman sosial, Grab membuktikan bahawa kemajuan sebenar sesebuah negara dicapai apabila setiap lapisan masyarakat diberi ruang dan peluang untuk melangkah ke hadapan bersama-sama.

    The post Grab Bawa Semangat #SisBoleh Dan Komuniti Inklusif Ke Perarakan Merdeka 2026 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah