30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno mulakan rundingan rasmi kerjasama PRN Melaka lepas DUN bubar

    Shopee Sale

    UMNO akan memulakan rundingan rasmi berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

    Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu, telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan selepas pembubaran DUN.

    “Kita telah menyerahkan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan saya fikir dia akan adakan perbincangan rasmi, setelah DUN Melaka dibubarkan.

    “Sekarang mungkin (ada) perbincangan secara tidak rasmi tetapi, rundingan rasmi itu selepas bubar (DUN),” katanya.

    MENARIK:  Muda: Adakah RUU tahanan rumah nak 'bantu' pihak tertentu?

    Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian UMNO berhubung kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.

    Ahmad Zahid berkata beliau sebelum ini turut mengadakan perbincangan dengan keseluruhan Biro Politik UMNO Melaka, yang membentangkan persediaan parti menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

    Beliau berkata pembentangan itu turut dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, untuk membincangkan secara terperinci pembentangan data yang diperoleh menerusi war room UMNO Melaka

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah