26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    UMT gesa k’jaan Terengganu kawal aktiviti pelancangan di taman laut

    Shopee Sale

    Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berharap kerajaan negeri akan meningkatkan kawalan terhadap aktiviti pelancongan di kawasan taman laut bagi mengelak lebih banyak kes kematian penyu.

    Ketua Makmal Penyelidikan Luar, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT Prof Madya Dr Mohd Uzair Rusli berkata pemanduan bot laju yang tidak terkawal dan kehadiran pelancong tanpa had di sesebuah lokasi boleh memberi tekanan kepada ekosistem marin.

    Beliau berkata perkara itu bukan sahaja mengancam spesies terancam seperti penyu yang berlegar di kawasan cetek untuk bernafas dan mencari makanan, malah menjejaskan kesihatan terumbu karang.

    “Lebih membimbangkan penyu-penyu di kawasan taman laut diketahui sangat jinak dan tidak menghiraukan kehadiran manusia dan bot.

    “Ini meningkatkan lagi risiko pelanggaran apabila bot bergerak dengan kelajuan tinggi di kawasan perayauan penyu. Berdasarkan maklumat tidak rasmi daripada komuniti setempat, dianggarkan dua penyu mati setiap bulan di sekitar kawasan Pulau Redang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  PAS 'jin politik', kata Nur Jazlan

    Sehubungan itu, Mohd Uzair berkata pihak berkuasa perlu mengambil beberapa langkah seperti aktiviti penguatkuasaan lebih tegas, memperkasa kerjasama rentas agensi dan komuniti serta meningkatkan tahap kecekapan pemandu bot, termasuk pengetahuan mengenai zon larangan, kelajuan dan habitat sensitif hidupan marin.

    Dalam perkembangan sama, beliau berkata bezah siasat seekor penyu betina yang ditemukan mati di Teluk Dalam, Pulau Redang pada Jumaat lepas mendapati punca kematian haiwan itu disebabkan kecederaan parah pada paru-paru, dipercayai akibat hentakan kuat pada bahagian cangkerang.

    “Pemerhatian juga mendapati berlaku pendarahan dalaman dan keradangan organ pernafasan yang menyebabkan penyu berusia 10 tahun itu lemas.

    “Insiden ini menimbulkan kebimbangan serius pihak UMT terhadap perkembangan sektor pelancongan yang pesat di kawasan taman laut,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah