24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno Sabah perlu kekal kerjasama, elak gerak solo, kata Salled Said

    Shopee Sale

    Bekas ketua menteri Sabah, Salleh Said Keruak, menegaskan bahawa Umno Sabah tidak sesuai untuk bergerak secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi mengelakkan risiko perpecahan undi.

    Katanya, meskipun strategi bergerak sendiri mungkin mempunyai asas di Semenanjung untuk mengukuhkan identiti Barisan Nasional (BN), realiti politik di Sabah adalah berbeza kerana ia berpaksikan gabungan tempatan seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    "Umno kini sebahagian kerajaan negeri. Keutamaan ialah kekalkan kerjasama, kukuhkan perkongsian kuasa dan fokus agenda Sabah," katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

    Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang terakhir telah diadakan pada 26 September 2020. Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, dilaporkan berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubarkan sebelum tarikh tamat tempoh DUN sekarang yang dijadual terbubar sendiri pada 11 November ini.

    Ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.

    MENARIK:  MP Paya Besar dilantik pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

    Mengulas lanjut, Salleh turut menjelaskan bahawa keputusan pilihan raya sebelum ini menunjukkan parti tempatan kekal dominan di negeri tersebut. Menurutnya, langkah Umno untuk bergerak solo hanya akan mencetuskan pertembungan dengan rakan sendiri dalam kerajaan negeri.

    Tambahnya lagi, cadangan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, untuk bertanding sendirian harus dilihat sebagai strategi peringkat nasional dan bukannya pendekatan yang boleh diguna pakai secara menyeluruh di semua negeri.

    "Kesimpulannya, di Sabah kerjasama adalah keperluan strategik," tegasnya lagi.

    Dalam satu temu bual pada 2 Mei lalu, Ahmad Zahid menyatakan berkemungkinan besar BN akan bergerak solo namun pada masa sama mempunyai "persefahaman" dengan parti-parti lain.

    "Kita telah pun solo selama ini, dalam PRU ke-14 dan ke-15. Dalam situasi akan datang, kemungkinan besar kita akan solo.

    "Namun, kita perlu mengambil kira persefahaman dengan parti lain, terutama bagi mengelakkan pertindihan kerusi dan persaingan tiga penjuru," kata presiden Umno itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah