27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno batal himpunan solidariti Najib

    Shopee Sale

    Umno mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan menyatakan sokongan kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang pada mulanya direncana berlangsung pada Isnin ini.

    Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu diambil atas prinsip menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan sebagaimana gesaan Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

    "Umno dengan penuh kerendahan diri akur atas segala saranan Titah Tuanku agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Najib, bekas perdana menteri yang banyak jasanya pada rakyat dan negara.

    MENARIK:  Kewartawanan mendalam selami isu bermakna, angkat suara pinggiran

    "Umno tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam satu kenyataan.

    Asyraf berkata Umno juga menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada Najib.

    "Umno juga ingin merakamkan penghargaan tinggi kepada seluruh ahli Umno yang sudahpun menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat Umno sebelum ini," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah