28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tuan Ibrahim pertahan analogi lembu betina, anggap bukan hina wanita

    Shopee Sale

    Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan kenyataan Ketua Penerangan Pemuda PAS Maran, Muhammad Salman Al Farisi, yang dikecam selepas menyamakan wanita yang memegang jawatan kepimpinan dengan “lembu betina”.

    Menurut Tuan Ibrahim, kenyataan itu perlu difahami sebagai satu bentuk analogi biasa dalam penulisan, dan bukannya bertujuan menghina wanita.

    “Saya tidak nampak apa yang seksisnya pada kenyataan tersebut. Ia (merupakan) satu analogi daripada perspektif dia (Muhammad Salman), bukan (satu bentuk) merendahkan martabat wanita pun.

    “Cuma, mungkin ada pihak yang terasa,” katanya kepada Malaysiakini.

    Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan Pertubuhan Kebajikan Bidadari Malaysia terhadap kenyataan Muhammad Salman.

    Kelmarin, Muhammad Salman dalam hantaran di media sosial menekankan kepentingan kepimpinan lelaki dalam masyarakat, sambil memberikan analogi berdasarkan pengalamannya menternak lembu selama lebih setahun.

    Menurutnya, berdasarkan pemerhatian dalam menguruskan ternakan, lembu betina sering memimpin kumpulan ternakan tersebut – termasuk menentukan lokasi meragut, masa berehat dan waktu pulang – manakala lembu jantan hanya berperananan menjaga keselamatan kawanan.

    Susulan kenyataan itu, pengasas Pertubuhan Kebajikan Bidadari Malaysia, Napsiah Khamis Maharan mengecam Muhammad Salman dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai seksis, biadab serta mencerminkan pemikiran mundur yang membahayakan kemajuan masyarakat.

    Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata penggunaan analogi sedemikian bukan perkara baru dalam masyarakat.

    MENARIK:  Permohonan gantung pindah milik tanah pada Semantan Estate didengar 12 Sept

    "Analogi ini bukan perkara baru dalam masyarakat kita dan ia bergantung kepada bagaimana kita menilai sesuatu.

    “Dalam sejarah penulisan Islam, terdapat karya seperti Kalilah wa Dimnah yang sarat dengan perumpamaan dan kisah haiwan bagi menyampaikan pengajaran dan nilai moral,” katanya.

    Ini bukan kali pertama pemimpin PAS menggunakan perlambangan haiwan dalam isu-isu serius.

    Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mencetuskan kontroversi pada 26 Julai lalu apabila memuat naik karikatur seekor kambing dan biri-biri berebut sebiji pisang, sambil disaksikan seekor monyet yang digambarkan sebagai hakim.

    Hantaran itu disertakan tangkap layar laporan berita mengenai krisis antara Thailand dan Kemboja, bersama kapsyen: “Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang.”

    Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak kerana dianggap mempersenda usaha diplomatik Malaysia dalam mendamaikan dua negara berjiran yang sedang berkonflik.

    Krisis tersebut, yang turut melibatkan korban nyawa, akhirnya diselesaikan melalui rundingan damai yang diusahakan Malaysia di Putrajaya pada 28 Julai.

    Susulan itu, pelbagai pihak mendesak agar Ahmad Fadhli memohon maaf kerana menggunakan perlambangan haiwan ketika mengulas krisis dan usaha damai antara Bangkok dan Phnom Penh.

    Terbaru, Muhammad Salman pula dikritik kerana menggunakan wanita sebagai subjek perumpamaan yang dianggap dangkal dan tidak menghormati nilai kemanusiaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah